awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Somalia pulangkan semula bekalan bantuan WFP di tengah-tengah penggantungan bantuan AS
Harga barangan masih stabil, tiada kenaikan luar biasa seperti didakwa - KPDN P. Pinang
Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat

Bernama
Bernama
17/09/2024
23:00 MYT
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat yang menjadikan keseluruhan ajaran serta kegiatan difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam kepada 36 kumpulan, kata Abdul Halim.
MELAKA: Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat yang menjadikan keseluruhan ajaran serta kegiatan difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam kepada 36 kumpulan.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, lima kumpulan dan kegiatan itu ialah Ajaran dan Fahaman Irwan Bin Alias, Ajaran Suhaini Bin Mohammad atau Ajaran Si Hulk, Amalan Dan Kaedah Perubatan Encik Adam Bin Isa (Tabib Adam), penyelewengan Ajaran Risalah Bab Kesucian yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) serta kumpulan yang mengamalkan ajaran Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunah Waljamaah.
"Semua lima ajaran dan kegiatan itu sudah dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan diwarta dalam tempoh terdekat.
"Kami (kerajaan negeri) tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan masyarakat di Melaka yang mengamalkan dan menjadi pengikut kepada kumpulan ajaran sesat kerana pergerakan kumpulan ini berlaku secara rahsia meskipun ajaran mereka sudah difatwakan haram kerana menyeleweng daripada akidah Islam," katanya kepada pemberita, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, senarai ajaran yang difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka itu tertakluk di bawah Seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 yang dikemukakan oleh Mufti Melaka mengikut Subseksyen 36(3) serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam warta.
Warta terbabit, katanya, sudah dimaklumkan kepada kerajaan negeri mengikut Subseksyen 36(6) sekali gus membolehkan fatwa itu disiarkan dalam warta di bawah subseksyen berkenaan dan Subseksyen 38(1).
"Kita nasihatkan seluruh umat Islam termasuk ahli keluarga kita sendiri jika terdapat sebarang perkara yang mencurigakan mereka perlu segera melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka supaya tindakan dapat diambil," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#lima ajaran sesat
#Umat Islam
#Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan