MELAKA TENGAH: Kerajaan negeri Melaka digesa meneliti dan membatalkan semula projek-projek ‘gajah putih’ yang dirancang di bawah Zon Pembangunan Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ).
Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, pembangunan itu meliputi tujuh projek iaitu menara ikonik M-WEZ setinggi 200 meter, pintu gerbang ‘Selamat Datang’, 22 buah jambatan dengan kos RM216 juta dan ‘M-WEZ Sky Wheel’.
Tiga projek lain ialah chalet atas air, puluhan pejabat dan kondomium mewah dan terusan air ala Venice.
“Baru-baru ini, kerajaan Melaka telah menerbitkan ‘blueprint’ untuk M-WEZ, walaupun projek tersebut telah dilancarkan lebih setahun lalu iaitu pada April 2021, namun setelah meneliti blueprint tersebut, saya mendapati terdapat pelbagai projek “gajah putih” yang dicadangkan.
“Adakah projek-projek gajah putih sebegini akan memberi manfaat kepada rakyat? Contohnya, cadangan untuk membina 22 buah jambatan dengan kos RM216 juta adalah tidak masuk akal sama sekali.
“Wang yang sebegitu besar boleh digunakan untuk membangunkan infrastruktur asas lain seperti projek tebatan banjir dan agro-makanan yang jauh lebih bermanfaat kepada rakyat,” kata Poay Tiong dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, sebelum ini kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) pernah melancarkan projek Melaka Gateway pada tahun 2014 yang dikatakan boleh membawa masuk pelaburan berpuluh billion dan menjana 40,000 peluang pekerjaan.
Namun, jelas Poay Tiong, projek tersebut bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ dan telah menyebabkkan pencemaran yang teruk.
“Tidak dinafikan dalam blueprint M-WEZ terdapat beberapa elemen yang baik seperti Transit-Oriented Development (TOD), taman rekreasi dan bandar pintar dan cadangan ini harus diutamakan dan boleh dilaksanakan tanpa perlu projek gajah putih M-WEZ ini.
“Hakikatnya M-WEZ merupakan projek tambakan laut yang terbesar di Malaysia iaitu seluas 25,000 ekar dan sepanjang 33 kilometer pesisir pantai negeri Melaka. Ini memberi kesan yang sangat besar kepada kemapanan alam sekitar,” tambah beliau lagi.
Katanya, kerajaan seharusnya menggunakan keunikan semula jadi yang ada di Melaka dan bukan membazirkan wang terhadap projek-projek gajah putih di bawah M-WEZ kerana negeri ini mempunyai pesisir pantai yang amat indah termasuklah warisan sejarah dan kebudayaan yang unik.
Shuhada Abdul Kadir
Thu May 26 2022

Lakaran artis mengenai projek dirancang di bawah Zon Pembangunan Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ).

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Melaka tubuh pasukan khas bendung aktiviti judi haram - KM
Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu.

Semangat Kerajaan Perpaduan diterjemah di Melaka - Adly
Kesepakatan dicapai antara PH dan BN di Melaka seperti di peringkat Persekutuan.

Melaka sedang muktamad inisiatif Bajet 2023 - Sulaiman
Ketua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan diminta memberikan input dan maklum balas berkaitan peruntukan masing-masing kepada Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan negeri.

Melaka digesa batal tujuh projek gajah putih di bawah M-WEZ
Cadangan untuk membina 22 buah jambatan dengan kos RM216 juta adalah tidak masuk akal sama sekali, tegas Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Banjir: Melaka perlu pertimbang bantuan khas kewangan untuk mangsa - Mas Ermieyati
Ramai mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan ekoran bencana alam yang menyebabkan sehingga 90 peratus kerosakan barangan rumah.

PRN Melaka: BN perkenal lima teras, 103 inisiatif
Barisan Nasional (BN) menampilkan lima teras utama dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November ini.

Ini amaran Zahid: 'Khianat kerajaan Melaka, sedia terima tindakan'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO di Melaka yang dianggap berpaling tadah hingga menyebabkan krisis politik ketika ini.

Kerajaan Melaka tumbang: Dua lagi ADUN akan tarik sokongan, dakwa Idris
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron memberi bayangan dua lagi ADUN akan mengambil langkah sama menyatakan hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

Kerajaan Melaka tumbang: Pengumuman khas Speaker DUN dan SUK petang ini
Satu pengumuman khas dijangka akan dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka petang ini.