Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen 'We Love Cities' di peringkat global.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata Melaka terpilih ke peringkat global susulan negeri itu dianugerahkan sebagai pemenang 'One Planet City Challenge' (OPCC) peringkat kebangsaan kali kedua oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), baru-baru ini.
Menurut beliau, Melaka merupakan antara 56 bandar raya di dunia yang terpilih dan antara negara lain yang terlibat pada peringkat akhir kempen 'We Love Cities' ialah Korea Selatan, Perancis, Norway, Kanada dan Turki.
"Melaka sebelum ini, pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pada kempen sama di San Francisco, Amerika Syarikat pada 2018 dan kerajaan negeri menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar memberi sokongan padu serta bersama-sama mengambil bahagian dalam kempen ini.
"Melalui kempen 'We Love Cities' kerajaan negeri berharap orang ramai dapat mengundi Melaka supaya dinobatkan sebagai 'global winner' dan seterusnya menempa nama di persada antarabangsa," katanya pada sidang media kempen berkenaan di sini.
Beliau berkata melalui kempen ini, kerajaan negeri melalui MBMB telah mengatur satu pasukan khas untuk mendapatkan pandangan orang awam meliputi aspek perkhidmatan bandar raya antaranya pengangkutan, penjanaan tenaga, reka bentuk bangunan dan bahan buangan.
Katanya, undian yang dibuka bermula 14 Sept lepas dan akan berakhir pada 11 Okt ini boleh dibuat melalui pautan welovecities.org/melaka dan maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web MBMB iaitu www.mbmb.gov.my atau Facebook rasmi MBMB.
Kempen 'We Love Cities' adalah inisiatif WWF sejak 2013 dan sehingga kini sebanyak 150 bandar telah mengambil bahagian dalam kempen berkenaan.
Bernama
Wed Sep 23 2020

Melaka terpilih ke peringkat global susulan negeri itu dianugerahkan sebagai pemenang 'One Planet City Challenge' (OPCC) peringkat kebangsaan kali kedua oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia- Gambar fail/Astro AWANI

Tiada vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platform Shopee
Platform pembelian secara dalam talian Shopee, hari ini menafikan pihaknya menawarkan vaksin Pfizer's COVID-19 untuk jualan, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu foto yang tular di Twitter dan Wh

Persiapan Program Imunisasi COVID-19 Miri
Di talian Skype adalah wakil Astro AWANI Sarawak, Nuzuluddin Abdul Razak.
![AWANI 7:45 [05/03/2021] - Bunuh kerana cemburu | Kenyataan tidak tepat | Liga-M buka tirai AWANI 7:45 [05/03/2021] - Bunuh kerana cemburu | Kenyataan tidak tepat | Liga-M buka tirai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893856/33543293391614951070573_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/03/2021] - Bunuh kerana cemburu | Kenyataan tidak tepat | Liga-M buka tirai
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Tiada kematian, 250 kes baharu
Masih lagi belum dalam lingkungan angka selesa. Hari ini, 250 kes baharu COVID-19 dicatatkan di Sarawak, dengan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 10,674 kes. Jika semalam Miri, hari ini Sibu penyumbang tertinggi pertambahan kes di negeri itu, yang mana 123 kes direkodkan.

Uggah terima suntikan vaksin COVID-19
Sementara itu, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech pada Jumaat. Suntikan vaksin itu diterima Uggah selepas mendapat nasihat dan pandangan kesihatan.

Yayasan Sarawak bantu bayar pinjaman pelajar
Kerajaan Sarawak hari ini mengotakan janjinya untuk bantu bekas pelajar negeri itu bayar pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menerusi Yayasan Sarawak, 30 juta ringgit diserahkan kepada PTPTN sebagai dana permulaan bayaran balik pinjaman bagi mereka yang layak.

Awang Rasau sudah tiada...
Seekor harimau Malaya yang digelar 'Awang Rasau' disahkan mati pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

Politik | PM harap gabungan parti Melayu kekal hingga PRU-15
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal sehingga Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti lain yang tidak menyertai Perikatan Nasional terutama UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama tersebut.

China Akan Tambah Ladang Berpiawaian Tinggi
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Desa China menyasarkan untuk mewujudkan 6.7 juta hektar tanah ladang berpiawaian tinggi pada tahun ini dengan sejuta hektar akan mempunyai kemudahan pengairan cekap.

Mahkamah | Dua lelaki lari dari polis didakwa di mahkamah
Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya, hari ini.

MBMB akan tutup premis perniagaan ingkar SOP COVID-19
Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan kedai makan.

Melaka dipilih sebagai finalis We Love Cities peringkat global
MBMB mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen We Love Cities di peringkat global.

Peniaga, penghantar makanan e-bazar MBMB jalani saringan awal COVID-19
Kira-kira 1,200 peniaga dan penghantar makanan e-bazar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) jalani saringan awal COVID-19 bermula Rabu.

KTHXBYE ditukar 'Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!'
Pemasangan papan iklan baharu itu dilakukan 11 malam tadi setelah pihaknya mengeluarkan arahan kepada syarikat pengeluar makanan ringan untuk menurunkan papan iklan lama itu.

Pengoperasiaan parkir swasta di Melaka ditangguh serta-merta
Semua pengoperasian parkir berbayar baharu yang diswastakan di bawah pentadbiran MBMB ditangguhkan serta-merta untuk kajian dan penilaian semula kaedah caj yang dikenakan.

10,000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula
Produk pelancongan itu digantung perkhidmatannya pada 2013 akibat masalah teknikal.

Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.