awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka kerjasama dengan Riau wujudkan pakej pelancongan

Bernama
Bernama
10/12/2022
20:30 MYT
Melaka kerjasama dengan Riau wujudkan pakej pelancongan
MUHAMMAD JAILANI: Menerusi 'Tukar-Tukar Rasa' ini kita akan mencari persamaan antara Melaka dan Riau khususnya dalam sektor pelancongan bagi mewujudkan pakej pelancongan menarik. -Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kerajaan Melaka akan bekerjasama dengan kerajaan Indonesia khususnya Wilayah Riau untuk memajukan sektor pelancongan masing-masing menerusi pakej 'Tukar-Tukar Rasa' pada tahun hadapan.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata antara subsektor pelancongan yang akan diberi penekanan menerusi pakej percutian berkenaan ialah pelancongan kulinari, keluarga dan budaya.
"Menerusi 'Tukar-Tukar Rasa' ini kita akan mencari persamaan antara Melaka dan Riau khususnya dalam sektor pelancongan bagi mewujudkan pakej pelancongan menarik.
"Sebagai contoh, Melaka dan Riau mempunyai banyak makanan unik dan sedap yang rata-ratanya belum dirasai pelancong dari kedua-dua destinasi ini... jadi ia akan menjadi satu daripada tumpuan pakej yang kita akan wujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rundown Pameran Riau Tourism 2022 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata menerusi pengenalan pakej 'Tukar-Tukar Rasa' itu, kerajaan negeri menyasarkan kira-kira satu juta pelancong dari Indonesia terutama dari Wilayah Riau melancong ke Melaka sepanjang tahun hadapan.
Program Rundown Pameran Riau Tourism 2022 selama empat hari bermula Khamis lepas melibatkan 15 gerai pameran produk, perkhidmatan dan pakej pelancongan yang ditawarkan pemain industri dari Wilayah Riau.
Muhammad Jailani berkata ia dianjurkan sebagai usaha memperkasakan produk atau program pelancongan negeri Melaka dan kebudayaan luar negara terutama Indonesia.
Beliau berkata ia juga bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara penggiat sektor pelancongan dan kebudayaan untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi pilihan pelancong.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan Tahun Melawat Melaka namun belum memuktamadkan tahun pelaksanaannya.
"Kita akan mulakan persiapan penganjuran Tahun Melawat Melaka bermula tahun hadapan. Setakat ini sektor pelancongan Melaka telah pulih sebanyak 70 peratus dan pada suku pertama tahun hadapan kita jangkakan ia pulih 100 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Jailani Khamis
#Tukar-Tukar Rasa
#Melaka-Riau
#Program Rundown Pameran Riau Tourism 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan