awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka perkenal Pingat Jasa Cemerlang untuk barisan hadapan perangi COVID-19

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/07/2020
12:21 MYT
Melaka perkenal Pingat Jasa Cemerlang untuk barisan hadapan perangi COVID-19
Sulaiman berkata, antara kumpulan yang layak dipertimbangkan termasuk doktor, jururawat dan anggota polis.
Kerajaan Melaka memperkenalkan Pingat Jasa Cemerlang (PJC) khas untuk menghargai petugas barisan hadapan dalam menangani penularan COVID-19.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, antara kumpulan yang layak dipertimbangkan menerima anugerah itu termasuk doktor, jururawat, anggota polis dan pengamal media.
"Pingat ini dipersetujui oleh TYT (Tuan Yang Terutama) Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Exco. Pingat ini diwujudkan bagi meraikan atau mengenang jasa mereka yang benar-benar memperjuangkan atau bertarung nyawa menyelamatkan negeri dan negara.
"Pingat berkenaan akan dianugerahkan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14, di Kompleks Seri Negeri pada Khamis.
Semalam, persidangan DUN Melaka meluluskan usul mewujudkan Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM), PJC dan Pingat Peringatan sempena Pelantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh.
Topic Berkaitan
#barisan hadapan
#COVID-19
#Exco
#kerajaan
#Ketua Menteri
#koronavirus
#Media
#menteri
#pingat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan