awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka saran pengusaha resort, hotel miliki sijil halal - Ketua Menteri

Bernama
Bernama
26/05/2018
05:21 MYT
Melaka saran pengusaha resort, hotel miliki sijil halal - Ketua Menteri
Setakat ini, hanya 34 daripada 314 dapur di resort dan hotel di Melaka memiliki sijil pengesahan halal. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Melaka menyarankan pengusaha restoran dan hotel di negeri itu mendapatkan sijil halal dalam usaha mengoptimumkan industri makanan halal yang semakin berkembang pesat di negara ini.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata pemilikan sijil halal dapat meningkatkan keyakinan pengguna terutama orang Islam dalam memilih makanan yang mematuhi aspek syariah.
"Kita amat menggalakkan dapur di resort dan hotel mendapatkan sijil pengesahan halal bagi membolehkan umat Islam mengunjungi premis berkenaan tanpa keraguan lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan ini (yang mana sering diadakan majlis berbuka puasa) sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.
"Justeru, kita akan menggiatkan lagi promosi berkaitan produk halal termasuk makanan memandangkan Melaka merupakan negeri pelancongan dengan 16.79 juta pelancong direkodkan berkunjung ke negeri ini tahun lepas," katanya kepada Bernama pada program Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di Masjid Al- Qaniteen, Tanjung Rimau Luar di sini, malam tadi.
Semalam, Bernama melaporkan hanya 34 daripada 314 dapur di resort dan hotel di Melaka memiliki sijil pengesahan halal setakat ini.
Untuk rekod, daripada jumlah itu hanya dua dapur resort dan hotel bertaraf lima bintang mempunyai sijil pengesahan halal, empat bintang (11 buah), tiga bintang (15), dua bintang (2) dan tiada bintang (4).
Adly sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya. Turut hadir Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman dan Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Bahagian Pembahagian TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#industri halal
#makanan halal
#makanan hotel
#Ramadan
#restoran halal
#sijil halal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan