Selepas kejayaan kerajaan Melaka menempatkan negeri bersejarah ini dalam dunia pelancongan, ia kini telah dapat menempa nama sebagai destinasi pilihan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dan sekunder.
Pengarah Pusat Pembangunan SME Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Fauzi Mohd Jani berkata Melaka sebagai sebuah negeri maju dengan persekitaran kondusif, selamat dan bersih, telah menjadikannya sesuai dibangunkan sebagai antara hab pendidikan di negara ini.
Setakat ini terdapat 50 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi 24 IPT awam dan 26 IPT swasta telah bertapak di negeri ini, katanya.
"Ini yang menarik dalam pembangunan Melaka, bermula dengan kedatangan pedagang Cina dan India yang menjadi asas yang luas kepada Melaka suatu ketika dahulu, kini negeri ini sekali lagi menerima kedatangan pelancong dari negara berkenaan yang bukan sahaja datang untuk melihat sejarah dan kebudayaan tetapi juga untuk menuntut ilmu," katanya kepada Bernama.
Menurutnya sektor pendidikan yang dibangunkan kerajaan negeri Melaka telah memainkan peranan utama dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang di bandar bersejarah ini.
"Melaka jadi tarikan kepada pelancongan jangka panjang, iaitu pelancong yang pada mulanya datang ke Melaka untuk melancong, tertarik dengan kewujudan banyak IPT dan akan belajar dalam tempoh dua atau tiga tahun di negeri ini, yang secara tidak langsung merancakkan ekonomi negeri dan juga menyumbang kepada pendapatan negara," katanya.
Pengarah Bahagian IPT, Jabatan Ketua Menteri Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen berkata kerancakan pertumbuhan IPT di Melaka adalah selaras dengan hasrat kerajaan persekutuan yang mahukan rakyat di setiap negeri mendapat akses pendidikan yang sempurna.
"Justeru itulah kerajaan negeri mengalu-alukan pembukaan banyak IPT di negeri ini dan sehingga kini terdapat 80,000 pelajar di seluruh IPT Melaka dan kerajaan negeri mensasarkan seramai 100,000 pelajar pada tahun 2015," katanya.
Antara IPTA yang terdapat di Melaka ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM); Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Universiti Kuala Lumpur (UniKL); Universiti Terbuka Malaysia (OUM); Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka (KUIM); Akademi Laut Malaysia Melaka (ALAM); dan Politeknik Melaka.
IPTS yang terdapat di Melaka pula termasuk Universiti Multimedia (MMU); Kolej Teknologi Cosmopoint Melaka; Unifield Technology College; Universiti Lim Kokwing; dan Kolej Stamford Cawangan Melaka.
Bernama
Thu May 02 2013
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlukan kunci."
Pelancong tidak berminat ke Langkawi jika pulau itu kotor - Tun Mahathir
Pelancong tidak berminat ke Pulau Langkawi sekiranya ia kotor dengan sampah hingga menyebabkan penduduk hilang punca pendapatan.
MATTA perkenal pakej pelancongan dalam talian
Pakej-pakej percutian dijual terus kepada pengguna dengan memberi tumpuan kepada pelancongan domestik.
"Mengidam" hendak ke pantai? Ini tujuh tip selamat buat anda!
Antara destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya kawasan pantai dan pulau-pulau.
AirAsia catat jualan harian tertinggi sebanyak 41,000 tempat duduk
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata laman sesawang syarikat penerbangan tambang rendah itu turut menyaksikan peningkatan trafik sebanyak 170 peratus.
PKP: Pergerakan antara negeri 1 hingga 3 Mei
Semakan status permohonan itu boleh dibuat pada 1 Mei juga melalui dalam talian.
Kuala Lumpur antara destinasi paling popular dunia, Bangkok kekal teratas
Kuala Lumpur mencatatkan tangga ke enam dengan 13.79 juta pelancong direkodkan pada tahun 2018 sebagai destinasi pelancongan menggunakan sistem itu.
Kalau 'hati tisu', jangan berani ke 8 tempat misteri di dunia ini
Cubalah kalau berani!
Kuala Lumpur kekal 10 destinasi pelancongan popular dunia
KUALA LUMPUR dijangka mengekalkan kedudukannya di tangga kesepuluh dalam senarai destinasi pelancongan paling popular di dunia pada tahun ini.
AirAsia tawar diskaun 50 peratus ke semua destinasi
AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya.