awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka taja caruman insurans 1,130 pengayuh beca, pemandu teksi

Bernama
Bernama
18/08/2020
11:55 MYT
Melaka taja caruman insurans 1,130 pengayuh beca, pemandu teksi
Tajaan itu juga sebagai perangsang kepada pengayuh beca dan pemandu teksi yang terjejas akibat COVID-19. -Gambar fail
Sebanyak 1,130 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka didaftarkan sebagai pencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selama setahun melibatkan peruntukan berjumlah RM177,636.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata daripada jumlah itu, RM51,090 diperuntukkan bagi pembiayaan caruman insurans kepada 325 pengayuh beca, manakala RM126,546 melibatkan pembiayaan untuk 805 pemandu teksi di negeri ini.
"Skim ini memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan terlibat dan tanggungannya jika berlaku sebarang musibah berkaitan pekerjaan mereka.
"Selain itu, bayaran geran tahunan RM21,000 kepada 21 Persatuan Teksi atau Kereta Sewa di Melaka juga akan ditanggung oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya 'Melaka Careertrans 2020' di sini, hari ini.
Beliau berkata tajaan itu juga sebagai perangsang kepada pengayuh beca dan pemandu teksi yang terjejas akibat COVID-19 yang turut memberi impak terhadap sektor pelancongan negeri sekali gus memberi kesan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beca
#kerajaan
#keselamatan
#Ketua Menteri
#Melaka
#menteri
#pelancongan
#PENJANA
#sektor pelancongan
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan