awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/05/2022
02:30 MYT
Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan hampir empat jam pagi tadi. - Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Melaka River Cruise (MRC) terpaksa menghentikan operasinya sementara hari ini susulan paras air Sungai Melaka yang terlalu tinggi ekoran hujan lebat berterusan pagi tadi.
Pengurusan MRC dalam satu kenyataan memaklumkan, pengoperasian semula perkhidmatan itu akan dimaklumkan selepas keadaan kembali pulih.
“Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.
“Berikutan itu operasi bot di Melaka River Cruise terpaksa dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah turut dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan hampir empat jam pagi tadi.
Menurut laporan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah, tujuh kawasan terjejas dengan bencana berkenaan di daerah itu.
“Laluan di Batu Hampar ditutup sementara untuk semua kenderaan selain jalan utama di Ayer Keroh juga terjejas dengan bencana banjir kilat ini.
“Kawasan lain yang terjejas ialah Kampung Telok, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Peringgit Ria dan Bukit Cina,” menurut kenyataan terbabit.
Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka sehingga jam 10 pagi ini selain paras air di kebanyakan kawasan juga semakin pulih.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Sungai Melaka
#hujan lebat
#Melaka River Cruise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan