awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka tetap bangunkan insinerator di tapak pelupusan Sungai Udang - Sulaiman

Bernama
Bernama
25/10/2022
20:40 MYT
Melaka tetap bangunkan insinerator di tapak pelupusan Sungai Udang - Sulaiman
Sulaiman berkata, penduduk yang tinggal di sekitar tapak pelupusan berkenaan diminta bersabar kerana pembangunan insinerator itu melibatkan peruntukan yang besar. - Gambar fail
MELAKA: Loji Sisa Ke Tenaga (WTE) atau insinerator yang dijanjikan dibangunkan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini akan tetap dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata justeru, penduduk yang tinggal di sekitar tapak pelupusan berkenaan diminta bersabar kerana pembangunan insinerator itu melibatkan peruntukan yang besar selain memerlukan sedikit masa untuk penelitian menyeluruh agar pelaksanaan teknologi itu berjaya dan memberi impak positif kepada penduduk.
"Saya difahamkan insinerator ini akan dilaksanakan pada 2026 dan kita bukan boleh suka-suka nak buat... jenis teknologi yang nak digunakan kena diambil kira juga.
"Saya tak nak berlaku seperti insinerator yang dibangunkan negara lain yang gagal... di peringkat kerajaan negeri, kita akan pastikan insinerator tersebut akan dilaksanakan secepat yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka Bersama Ketua Menteri di sini pada Selasa.
Pada Sabtu, media melaporkan kira-kira 7,000 penduduk di sekitar Sungai Udang membantah cadangan memperluas tapak pelupusan sisa pepejal sanitari berkenaan yang ingin dilakukan tanpa perbincangan dengan penduduk.
Penduduk mendakwa tapak pelupusan tunggal yang dibina sejak 15 tahun lepas memberi pelbagai kesan negatif kepada kehidupan mereka termasuk terpaksa berdepan dengan pencemaran bau setiap harisehingga menggugat kesihatan.
Sulaiman berkata kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi seperti pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau kawasan berkenaan bagi memastikan pengoperasiannya dijalankan mengikut prosedur ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Melaka membuat pilihan rasional dalam memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Menurut Sulaiman, rakyat perlu mengambil kira latar belakang parti seperti rekod baik dalam aspek pengurusan dan mentadbir negeri atau negara serta mampu membela nasib dan kebajikan rakyat.
"Janganlah esok (PRU15) kita nak cuba-cuba... nak pilih kerajaan pilih yang betul-betul. Jangan nanti akhirnya tiada satu pun parti yang boleh membentuk kerajaan.
Jangan tersalah pilih kerana rakyat"juga yang susah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#tapak pelupusan sampah
#Sungai Udang
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan