Berbaki satu hari lagi tempoh kempen untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, dan menjadi kelaziman untuk kesemua calon bertanding bagi bertemu seramai mungkin pengundi, terutamanya mereka yang dianggap pengundi 'hitam' atau 'kelabu'.
Astro AWANI berkesempatan bertemu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini di Bilik Gerakan Utama Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di Eco Rambah, di sini untuk mendengar visi dan misi serta harapan beliau untuk Parlimen 165 Tanjung Piai ini.
Pelbagai topik disentuh, antaranya bagaimana menaikkan taraf ekonomi kawasan itu, kelebihan dan kekurangan sebagai calon Kerajaan, serta isu-isu perkauman yang didakwa mewarnai tempoh perjalanan pilihan raya kecil ini.
--
SOALAN: Mengikut kajian, tiga isu tempatan yang mendominasi perbualan sepanjang Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai ini ialah – jalan berlubang, masalah sampah, dan jenayah. Apakah pandangan anda?
KARMAINE: Berkaitan dengan isu jalan kampung, jadi jalan berlubang ni sebenarnya, kerja-kerja maintenance ini memang sering dilakukan. Kalau jalan kampung, kontraktor yang dilantik Kerajaan Negeri Johor adalah IDJ (Infra Desa Johor Sdn Bhd), dan kemudian Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya, termasuk Jalan Persekutuan juga. Soal jalan kampung yang berlubang ini sebenarnya, mereka akan melakukan kerja-kerja maintenance setiap masa.
Ada pengawasan…maknanya syarikat yang dilantik melalui kontrak tahunan ini, diwajibkan menyenggara. Jadi saya rasa soal maintenance jalan kampung dan jalan negeri, telah pun diambil peranan oleh Kerajaan Negeri.
SOALAN: Tanjung Piai berpotensi menjadi kawasan pelancongan utama di negara ini. Visi anda untuk sektor tersebut?
KARMAINE: Pontian, dan Kukup memang diwartakan sebagai kawasan pelancongan kerana industri pelancongan telah dijalankan sejak dulu lagi, contohnya kedai makan laut, ikan segar ini banyak diberi kepada orang luar khususnya dari Singapura sendiri. Kita hendak tingkatkan lebih ramai pengusaha kedai makan khususnbya dalam kalangan orang Melayu.
Dalam kalangan masyarakat Cina, banyak kedai makan di Kukup Laut, memang banyak pilihan tetapi untuk orang Melayu pilihan sangat terhad. Yang besar sekarang ini ada satu sahaja iaitu di di Permas Kelapa.
SOALAN: Umum mengetahui ramai penduduk di sekitar Tanjung Piai terdiri daripada masyarakat yang berpendapatan rendah atau B40. Bagaimana anda melihat cara untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka?
KARMAINE: Kalau kita lihat dari Kerajaan Johor sendiri, disamping bantuan kerajaan yang disalurkan, kita ada berikan Kad Sihat bernilai RM500 setahun. Bermakna setiap kali pergi ke klinik, individu itu boleh menggunakan Kad Sihat itu, paling tidak boleh mengurangkan kos perbelanjaan dia.
Sekarang ini kerajaan sudah berusaha, antaranya mengawal harga barang agar lebih terjamin. Disamping itu kita galakkan penduduk kampung untuk berusaha sendiri menanam tanaman kontan, sayur-sayuran sebab kalau kita lihat sayuran yang diimport dari negara luar, banyak nilainya.
Jadi kalau kita boleh usahakan tanaman kontan, seperti lada atau serai, saya rasa ia boleh berikan tambahan (pendapatan) kepada pekebun-pekebun kecil di Tanjung Piai ini.
SOALAN: Adakah kehadiran pemimpin kanan Pakatan Harapan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad boleh meningkatkan peluang kemenangan anda?
KARMAINE: Saya rasa keyakinan itu memang ada, bila Tun sendiri menerangkan keadaan sebenar ekonomi negara, fokus kerajaan untuk menaikkan ekonomi, dan juga usaha bagi memberikan tambah baik kepada ekonomi kampung contohnya, mengadakan atau disatukan pekebun kecil di bawah satu pengurusan seperti FELDA dan sebagainya …pekebun yang ada akan disatukan, dan ini akan berikan pulangan yang lebih kepada mereka. Malah Tun juga pernah menyarankan agar dibuat satu kajian untuk tanaman selain sedia ada, jadi kena fikir tanaman lain boleh memberikan pulangan kepada penduduk di kampung ini.
SOALAN: Pakatan Harapan berkata Barisan Nasional memainkan isu perkauman, Barisan Nasional berkata Pakatan Harapan memainkan isu perkauman. Bagaimana anda boleh meyakinkan penduduk Tanjung Piai anda mampu mewakili semua kaum dan bangsa.
KARMAINE: Saya sudah memaklumkan sejak awal bahawa saya ini adalah calon Pakatan Harapan yang merangkumi semua bangsa, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain bangsa. Cuma isu-isu ini berbangkit bukan kita yang bangkitkan sebenarnya. Sebelum ini mereka hendak menamakan kalangan orang Melayu dari UMNO, dia tak berjaya, dia terpaksa meletakkan juga calon MCA…jadi dia yang mainkan sentimen tu. Kita tidak ada main sentimen itu sebab di mana-mana kita pergi berkempen pun kita tidak cakap - “pilihlah saya sebab saya seorang Melayu Islam” - atau di hadapan kaum Cina saya cakap lain. Kita mewakili semua.
SOALAN: Bagaimana pengumuman melantik Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor) sebagai pegawai khas anda untuk membantu menguruskan hal ehwal orang Cina?
KARMAINE: Itu bukan saya umumkan, orang lain yang umumkan. Tapi untuk membantu saya apa salahnya.
SOALAN: Anda berasal dari UMNO, anda pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tanjung Piai. Tetapi tiada langsung cerita lama yang ‘dikorek’. Bagaimana anda kekalkan imej sebagai ahli politik yang bersih?
KARMAINE: Saya masuk politik sebagai manusia, orang Islam untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan saya hendak bermusuh. Tidak pernah dulu saya bergaduh dengan orang lain. Cara itu yang terbaik kerana kita hendak menyumbangkan usaha kita. Kita kena perlu fokus pada apa yang hendak buat.
SOALAN: Cakap-cakap di lapangan ada menyebut peralihan sentimen masyarakat Cina ke arah Barisan Nasional. Bagaimana pendapat anda?
KARMAINE: Saya rasa dari mula saya berjumpa dengan masyarakat Cina saya tidak menghadapi masalah. Bila berjumpa saja mereka mahu bergambar dengan saya…maknanya dia OK lah tu.
SOALAN: Ahli Parlimen bukan sahaja mewakili rakyat, tetapi juga harus berperanan dalam penggubalan undang-undang negara. Sekiranya dipilih, apakah yang ingin anda perbaiki.
KARMAINE: Latar belakang saya lebih ke arah seni pembinaan dan pembangunan. Pembangunan luar bandar, pembangunan keseluruhan negara, khususnya kampung-kampung. Saya rasa kita boleh memperbandarkan kampung-kampung seperti menambahbaik infrastruktur dan sebagainya.
SOALAN: Isu peluang pekerjaan juga antara topik utama dalam tempoh berkempen ini. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk mereka?
KARMAINE: Baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, umumkan akan menambah pencawang di Tanjung Piai, ada lima akan dibina. Bila ada kadar penembusan internet yang tinggi, anak muda pasti akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian .
Kita juga ada Jambatan Sungai Pulai yang akan menghubungkan Tanjung Bin dan Tanjung Pelepas. Ini akan meningkatkan lagi sektor perlancongan di negara ini, dan seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda.
SOALAN: Had umur mengundi telah diturunkan pada 18 tahun, malah individu yang berkelayakan juga boleh bertanding pada usia tersebut. Pandangan anda?
KARMAINE: Ya, itu yang sewajarnya kerana masalah anak muda ini, rasanya anak muda lagi faham. Kalau diberi peluang mereka akan jadi lebih baik, lebih banyak suara anak muda dalam Parlimen.
SOALAN: Legasi Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Farik cukup hebat walaupun hanya berkhidmat selama lebih kurang lapan belas bulan. Adakah tanggungjawab ini satu tekanan untuk anda?
KARMAINE: Saya rasa kita kena beri kredit kepada arwah kerana dapat menarik banyak peruntukan untuk Tanjung Piai. Saya dah berbincang mengenai pelan pembangunan Tanjung Piai. Kalau itu dapat dilaksanakan, ia akan memberikan kemasukan peruntukan lebih banyak dari kerajaan. Mungkin juga pihak swasta berminat untuk turut serta, dan perkara ini telah dibincangkan dengan Menteri Besar Johor (Datuk Dr Sahruddin Jamal).
SOALAN: Pesanan terakhir anda untuk masyarakat Tanjung Piai yang akan mengundi pada 16 November ini.
KARMAINE: Saya nak seru seluruh penduduk Tanjung Piai, tidak kira bangsa, untuk terus menyokong Pakatan Harapan. Kalau saya dipilijh sebagai wakil rakyat, agenda pembangunan ini sebagaimana telah digarispandu oleh Dr Farid, yang kita akan tambah baik, dan juga sejajar dengan saranan Kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan kemudahan yang baik untuk penduduk luar bandar, saya rasa Pakatan Harapan adalah pilihan mereka, iaitu saya sendiri yang mewakili semua bangsa.
Pengundian PRK Tanjung Piai bakal diadakan Sabtu ini. Ia merupakan pertembungan enam penjuru antara calon PH Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Malaysia), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Firdaus Azil
Fri Nov 15 2019
KARMAINE: "Saya sudah memaklumkan sejak awal bahawa saya ini adalah calon Pakatan Harapan yang merangkumi semua bangsa, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain bangsa." - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.