Tindakan memaparkan bendera kebangsaan yang salah adalah satu perkara yang sangat memalukan dan tidak melambangkan budaya Malaysia yang sebenar, kata Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata, KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan.
"Tindakan KBS adalah untuk memastikan siasatan dan tindakan diambil ke atas persatuan tersebut.
"Kita perlu melalui beberapa prosedur sebelum mengambil apa-apa tindakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Reben Kuning: PEKA@MRCB di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu bendera kebangsaan Jalur Gemilang dengan bintang lima ketika perasmian Piala Lum Mun Chak yang dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam.
Susulan kejadian itu, MABA dalam laman webnya telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan pencinta sukan bola keranjang di atas kesilapan berkenaan.
BACA: Insiden bendera Malaysia bintang pecah lima: Polis buka kertas siasatan
Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau yakin dengan kemampuan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, kendalian Datuk Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
Katanya, walaupun Malaysia terikat 1-1 bersama Myanmar dalam aksi pembukaan Kumpulan A itu semalam, pihaknya optimis pasukan itu akan bangkit dalam perlawanan akan datang.
"Apa yang penting pada waktu ini adalah sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Malaysia seterusnya akan menentang Filipina pada Jumaat ini, diikuti aksi menentang Timor Leste (Isnin) dan Kemboja, dua hari kemudian.
Hanya dua pasukan teratas kumpulan layak ke separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas di pentas Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Jakarta. Pada edisi 2017, Malaysia merangkul pingat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand. - Bernama
BACA: 'Tolong maafkan kami' - MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia lima bintang
Bernama
Tue Nov 26 2019
Kementerian Belia dan Sukan akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan, kata Syed Saddiq. - Gambar BERNAMA
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Penduduk PKPD di Medan Klebang Restu bersemangat kibar Jalur Gemilang
Berada dalam kawasan PKPD sejak 26 Julai lepas tidak menjadi penghalang buat penduduk Medan Klebang Restu, Chemor pamer semangat patriotik.
Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi
Ambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja.
Orang Asli bangga jahit 100 helai selempang Jalur Gemilang
Projek menjahit selempang itu hasil perbincangan pihak MB Inc sebelum ini dengan penduduk kampung.
Jalur Gemilang dikibar separuh tiang pada Selasa dan Rabu - PM Najib
Kerajaan ambil keputusan untuk mengisytiharkan dua hari bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang bermula Selasa (esok) dan Rabu.