SHAH ALAM: ‘Humanising workplace’ atau memanusiakan tempat kerja berpandukan Surah Al-Insan dapat mengembalikan nilai rahmah dalam diri majikan, ketua dan pemimpin termasuk kakitangan sekali gus mencetuskan persekitaran yang lebih positif.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, perkara itu wajar dilaksanakan di semua sektor pekerjaan.
Justeru, ujarnya, seseorang pemimpin dan ketua perlu bersikap rasional dan berintegriti dalam menguruskan pentadbiran supaya dihormati dan disukai pekerja.
“Perkara ini (memanusiakan tempat kerja) harus dilaksanakan. Ini kerana yang bekerja adalah orang maka kita kena memanusiakan pekerja, jika tempat kerja terlampau robotik ia akan hilang (ciri kemanusiaan).
“Jadi, kita juga perlu faham dan amalkan isi Quran kerana ramai orang kita hanya untuk baca dan khatam tetapi tidak memahami al-Quran,” katanya pada program Soul Fitness CEO Talk: Humanising Workplace Surah Al-Insan di Studio My#Qurantime, Kumpulan Karangkraf, di sini, pada Jumaat.
Jelas Hussamuddin, pihaknya memulakan gerakan mengQurankan bangsa kerana melihat orang Islam kini makin keliru terutamanya individu berpangkat tinggi.
“Al-Quran bukan untuk dibaca dan dihafal tetapi kena faham dan amalkan, manusia ini perlu diberikan melalui hati, mesti reset (set semula) dan reinstalled (dipasang semula) kerana orang yang benar-benar faham dan mempraktikkan al-Quran dalam hidup maka dia akan menjadi ketua yang bagus.
“Sekarang ini, orang lebih kepada hak sedangkan tanggungjawab itu sepatutnya ditumpukan. Manusia tidak bersyukur tetapi bagaimana kita (Karangkraf) boleh bertahan 45 tahun, tipnya adalah susah dan senang (majikan dan pekerja) hadapi bersama.
“Kami memberi peluang kepada semua kakitangan untuk kembangkan potensi ke tahap maksimum, ada common goal (matlamat bersama), rasa selamat serta mempunyai kebebasan, secara tidak langsung pekerja seronok sekali gus menghasilkan kualiti kerja terbaik,” ujar beliau.
Tambahnya, layanan kepada kakitangan mengikut nombor atau petunjuk prestasi utama (KPI) juga perlu dielakkan kerana itu antara punca pekerja stres dan tawar hati untuk bekerja.
“Uruskan syarikat masing-masing dengan utamakan sifat kemanusiaan. Kita nak sama-sama masuk syurga.
“Tetapi nak masuk syurga tidak senang, kita harus buat perkara yang betul berpandukan al-Quran. Itu sebab kita buat program #Qurantime untuk orang hayati dan jadikan ia satu operating system (sistem operasi) untuk berjaya dunia dan akhirat.
“Peranan ketua itu amat penting dari segi roh, fikiran dan hati untuk mengelola jabatan dengan betul.
“Melalui Surah Al-Insan, kita nak gali betul-betul sampai world convention tahun ini supaya pemimpin Islam menghayati, memahami dan mengamalkan. Insya-Allah kita akan jadi bangsa yang paling kuat di dunia,” jelasnya.
Kurangkan tekanan
Pakar Psikiatri dan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria turut mengakui bahawa memanusiakan tempat kerja adalah realistik untuk dilaksanakan.
Jelasnya, ia bagi membantu pekerja daripada mengalami tekanan jiwa seperti penyakit depresi, gangguan kebimbangan (anxiety disorder) atau melakukan perkara yang memudaratkan diri.
“Hakikat yang berlaku adalah sesetengah pekerja mengalami depresi, anxiety, ada sampai tahap mencederakan diri dan fikir mati termasuk mengambil barang terlarang untuk merawat stres.
“Namun akhirnya, tiga sahaja masalah di tempat kerja iaitu melibatkan bos, persekitaran (level) pekerja itu sendiri dan sistem.
“Jadi, kadang-kadang kita ada masalah, perlu teliti dahulu masalah sistem atau orang. Hari ini yang kita dapat belajar humanising workplace ini sebenarnya realistik untuk kita laksanakan,” katanya.
Tiga petua untuk majikan
Sementara itu, pendakwah Mohamad Zarifi Mohamad Daud pula memberi tiga petua atau panduan kepada majikan dan pekerja dalam menangani masalah tekanan.
“Di penghujung Surah Al-Insan ada empat solusi yang Allah berikan kepada Rasulullah SAW untuk terus kuat dan teguh semangat untuk berdakwah.
“Jadi, mari kita terapkan konteks ini dalam persekitaran tempat kerja kerana kemungkinan selama ini hati kita kosong.
“Pertama, bersabar dalam apa jua rintangan, cabaran dan dugaan. Inilah untungnya orang beriman kerana sifat itu dapat menahan diri daripada melakukan perkara yang memudaratkan.
“Kedua, zikir dengan menyebut nama Allah pada pagi dan petang.
“Selain tasbih dan tahmid, ia juga memberi nasihat maknanya ketua sentiasa berkongsi kebaikan kepada pegawai atau pekerja dan pada waktu malam jangan lupa memperuntukkan masa untuk rukuk, sujud dan tahajud kepada Allah. Solat sunat itu merupakan ubat bagi segala keserabutan jiwa.
“Akhir, ayat 27 (Surah Al-Ihsan menyatakan) orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasulullah kerana cintakan dunia dan menolak akhirat.
“Ini beza orang beriman, dunia ini ladang mengumpul amal soleh jadi beriman kepada hari akhirat,” ulas beliau.
Tambahnya, tema ‘memanusiakan tempat kerja’ amat tepat pada masanya dalam memberikan motivasi dan juga panduan bagi sistem kerja supaya tidak terpisah dengan elemen kerohanian dan kebajikan.
“Program hari ini kita memberikan fokus terus kepada Surah Al-Insan, yang istimewanya pertemuan kali ini menghimpunkan ketua pegawai eksekutif, ketua jabatan, pengurus termasuk pegawai yang berkhidmat di Jabatan Sumber Manusia.
“Manusia kini terbeban dengan tekanan termasuk kerja berlebihan, yang mungkin disebabkan tiada semangat ukhuwah dan kurang elemen kemanusiaan.
“Jadi melalui tadabbur Surah Al-Insan dapat membawa kelapangan dalam pekerjaan kita,” jelas beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Mar 11 2023
Hussamuddin (dua dari kanan) menjawab pertanyaan moderator, Khairul Haffiz pada program Soul Fitness CEO Talk: Humanising Workplace Surah Al-Insan di Studio My#Qurantime, Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Memanusiakan pekerja di tempat kerja
Seseorang pemimpin dan ketua perlu rasional dan berintegriti dalam menguruskan pentadbiran supaya dihormati dan disukai pekerja.