awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memoir Tommy Thomas tersenarai antara 'best seller' Amazon

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2021
16:03 MYT
Memoir Tommy Thomas tersenarai antara 'best seller' Amazon
Di laman web Amazon pada jam 12 tengah malam tadi, edisi 'kindle' bukunya melonjak ke tempat kedua buku laris (best seller) dalam kategori Biografi Peguam dan Hakim. - Gambar/ Amazon.com
KUALA LUMPUR:Kontroversi yang melanda buku "My Story: Justice in the Wilderness" tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang baru dilancarkan, mungkin menjadi daya penarik kepada banyak pihak untuk mendapatkannya di pasaran.
Di laman web Amazon pada jam 12 tengah malam tadi, edisi 'kindle' bukunya melonjak ke tempat kedua buku laris (best seller) dalam kategori Biografi Peguam dan Hakim, mengatasi buku mengenai Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris (Kamala's Way: An American Life) yang berada di kedudukan ke-10.
Bagi kategori Keluaran Baharu kategori Biografi Peguam dan Hakim pula, bukunya berada di kedudukan pertama, masih mengatasi Harris yang berada di tempat kedua.
BACA: Polis terima 134 laporan, 3 lagi kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Bukit Aman
BACA: Letak jawatan PM: Tun M tak faham kenapa Tommy Thomas masih tak jelas
Thomas yang menjadi Peguam Negara dari Jun 2018 hingga Februari tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila banyak pihak mempertikaikan buku tulisannya itu yang didakwa mengandungi pelbagai fakta tidak betul, menghina, malah menfitnah.
Sehingga malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata pihaknya telah menerima 134 laporan polis di seluruh negara berkaitan buku berkenaan.
Topic Berkaitan
#Tommy Thomas
#memoir
#Amazon
#best seller
#kontroversi
#laporan polis
#My Story Justice in the Wilderness
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan