awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letak jawatan PM: Tun M tak faham kenapa Tommy Thomas masih tak jelas

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
05/02/2021
11:52 MYT
Letak jawatan PM: Tun M tak faham kenapa Tommy Thomas masih tak jelas
Tegas Tun Mahathir, beliau jatuh bersama dengan kejatuhan PH dan adalah tidak munasabah untuknya terus menjadi Perdana Menteri apabila PH bukan lagi kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak faham mengapa bekas Peguam Negara, Tommy Thomas masih kurang jelas dengan keputusannya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun lepas.
Menurutnya, beliau menjadi Perdana Menteri kerana kapasitinya sebagai Pengerusi Bersatu namun pada waktu itu, parti sudah hilang kepercayaan kepadanya.
“Apabila saya tidak lagi memiliki kepercayaan dari parti saya, saya tidak lagi dapat menjadi Pengerusi parti. Saya buat keputusan untuk letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.
“Saya dilantik jadi Perdana Menteri (PM) kerana saya Pengerusi Bersatu. Apabila saya tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi Perdana Menteri.
“Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya seperti ditulis dalam laman blognya pada Jumaat.
BACA: "Saya sokong Anwar dengan persetujuan parti komponen PH" - Kit Siang jawab Dr M
Tegasnya, beliau jatuh bersama dengan kejatuhan PH dan adalah tidak munasabah untuknya terus menjadi Perdana Menteri apabila PH bukan lagi kerajaan.
“Kit Siang berpendapat Kerajaan PH jatuh kerana saya letak jawatan. Jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh.
“PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi Perdana Menteri.
“Anwar Ibrahim memang berminat untuk jadi Perdana Menteri. Tetapi kerana PH hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti saya,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#PM
#Pakatan Harapan
#PH
#Anwar Ibrahim
#PKR
#TPM
#kerajaan
#Peguam Negara
#letak jawatan
#rakyat
#menteri
#hilang kepercayaan
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan