awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima 134 laporan, 3 lagi kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Bukit Aman

Fareez Azman
Fareez Azman
07/02/2021
08:58 MYT
Polis terima 134 laporan, 3 lagi kertas siasatan dibuka terhadap Tommy Thomas - Bukit Aman
Huzir berkata, antara laporan diterima mendakwa buku terbabit mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka tiga lagi kertas siasatan terhadap terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung penerbitan buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata antara laporan polis diterima mendakwa buku terbabit mengandungi fakta tidak benar, menghina dan berunsur fitnah.
"Lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya seperti dilporkan Berita Harian.
Jelasnya setakat ini, polis telah menerima 134 laporan polis dari seluruh negara terhadap bekas Peguam Negara itu.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Thomas selepas menerima laporan bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
Beberapa laporan polis juga dibuat oleh pemimpin parti politik serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Khamis lalu.
Buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness' itu mengundang reaksi pelbagai pihak terutamanya beberapa pemimpin politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Peguam Negara
#Tommy Thomas
#My Story Justice in the Wilderness'
#laporan polis
#siasatan
#Dr Mahathir
#Najib Razak
#Huzir Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan