awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menantu Muhyiddin akan didakwa atas pertuduhan pecah amanah - SPRM

Bernama
Bernama
22/02/2024
06:06 MYT
Menantu Muhyiddin akan didakwa atas pertuduhan pecah amanah - SPRM
Azam berkata kertas siasatan membabitkan Muhammad Adlan (gambar) telah pun selesai dan sudah bersedia untuk dituduh di mahkamah, namun sehingga kini beliau masih belum dapat dikesan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lepas perlu kembali ke negara ini untuk menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan membabitkan Muhammad Adlan, 48, telah pun selesai dan sudah bersedia untuk dituduh di mahkamah, namun sehingga kini beliau masih belum dapat dikesan.
"SPRM telah hantar kertas siasatan itu untuk pertuduhan di mahkamah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre di sini yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali hari ini.
Pada Oktober lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menyerah dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat, 69.
Beberapa dokumen, termasuk draf pertuduhan kes membabitkan dua individu berkenaan telah diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan Notis Merah.
Tindakan memanggil Muhammad Adlan adalah kali pertama dilakukan oleh SPRM membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menantu Muhiyiddin
#pertuduhan pecah amanah jenayah
#SPRM
#Azam Baki
#Muhammad Adlan Berhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan