JASIN: Hujan lebat serta angin kencang di sekitar Melaka lewat pagi tadi mengakibatkan puncak menara azan sebuah masjid warisan yang berusia 169 tahun di Serkam, Jasin rosak akibat disambar petir.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, turut menyebabkan beberapa bahagian atap pecah dan mengakibatkan ruangan solat Masjid Serkam Pantai, digenangi air.
Menceritakan hal itu, Timbalan Pengerusi Masjid Serkam Pantai, Zakaria Abu Bakar berkata, ketika kejadian, kira-kira 30 jemaah telah selesai menunaikan solat Subuh dan sedang berteduh sementara menunggu hujan reda, untuk pulang ke rumah.
Katanya, secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi hentaman kuat sebelum terlihat sebuah bongkah batu jatuh dari bumbung ruang solat masjid dan menyebabkan berlaku kebocoran atap.
Jelasnya, bagaimanapun dia bersyukur memandangkan tiada jemaah berada di tengah ruangan solat ketika kejadian berkenaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun jelasnya, hanya sebuah kereta milik salah seorang jemaah mengalami kerosakan pada cermin ekoran terkena serpihan batu daripada puncak menara azan berkenaan.
“Kerosakan di puncak menara tu kita perlu pantau memandangkan masjid ini sebuah masjid warisan yang dipantau Perzim dan Jabatan Warisan. Jadi kita memerlukan agensi tersebut untuk melihat kesan kerosakan masjid warisan kita ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya, itu merupakan kali pertama bahagian puncak menara masjid warisan bersaiz ukur lilit dua meter dan 1.2 meter tinggi itu dipanah petir.
Katanya, buat masa ini pihaknya sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) kerana masjid berkenaan merupakan masjid sejarah yang perlu mendapat nasihat badan itu untuk sebarang kerja-kerja pembaikan.
Untuk rekod, Masjid Serkam Pantai yang mula dibina pada 1853 itu telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 27 Mac 1980.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Jun 20 2022
Hujan dan angin kencang mengakibatkan puncak menara azan sebuah Masjid Warisan yang berusia 169 tahun di Jasin rosak disambar petir.- Foto Astro AWANI
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Menara azan masjid warisan 169 tahun di Jasin rosak disambar petir
Hujan lebat serta angin kencang mengakibatkan puncak menara azan sebuah Masjid Warisan yang berusia 169 tahun di Serkam, Jasin musnah disambar petir.