KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa.

Menurut Daim, dakwaan yang tidak berasas itu sudah dibincangkan bersama peguam beliau dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil pada masa yang sesuai. 

"Perbincangan sudah diadakan dengan peguam saya dan tindakan  undang-undang akan diambil," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Ahli perniagaan berusia 85 tahun itu, sekeras-kerasnya menafikan beliau dan keluarganya terlibat dalam apa-apa aktiviti rasuah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Sebaliknya, beliau menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berbentuk  a political witch-hunt atau kempen politik yang mensasarkan diri beliau dan keluarganya. 

Sehubungan itu, Daim turut mendakwa SPRM, sebelum ini, tidak pernah memaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa berkait dengan diri beliau atau pun keluarganya meskipun persoalan itu pernah dibangkitkan secara bertulis kepada badan penguatkuasaan terbabit. 

"Tiada penjelasan, dan saya boleh mendedahkan surat yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ... beliau enggan memaklumkan kesalahan yang disiasat," jelas Daim.

Namun, Daim turut mendedahkan, terdapat usaha untuk mencemarkan nama beliau dengan menyebarkan maklumat palsu dan sindiran tidak berasas terhadapnya.

"Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa pelantikan atau lanjutan tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya adalah di tangan Perdana Menteri," ujarnya.

Daim turut mendakwa, tindakan Azam membuat komen-komen bersifat prejudis secara terbuka mengenai dirinya sebagai tidak profesional dan mencurigakan memandangkan siasatan masih lagi berjalan.

"Sebagai ketua badan penguatkuasa, Azam Baki seharusnya bertanggungjawan ke atas sekumpulan 'sumber' yang membocorkan berita-berita mengenai perjalanan siasatan.

"Saya yakin kumpulan yang disebut sebagai 'sumber' itu hanya boleh melibatkan orang dalam," jelasnya.

Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Anwar, 'it is an open secret. Someone had reaped so much wealth', dalam ucapannya pada 22 Disember lalu, Daim menyifatkan ia sebagai sindiran yang tidak berasas yang memberi gambaran beliau sudah bersalah walaupun siasatan sedang berjalan.

"Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan beliau tergugat dengan saya. Malah mendedahkan beliau menyalahguna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dengan mencampuri urusan siasatan yang sedang berjalan," tambahnya.

Beliau turut mendakwa SPRM tidak pernah mendedahkan kesalahan yang didakwa terkait dengan dirinya meskipun sudah membangkitkan persoalan itu secara bertuls kepada badan penguatkuasaan terbabit untuk penjelasan.

"Tiada penjelasan dan saya boleh mendedahkan surat yang ditandatangani sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di mana beliau enggan beritahu kesalahan yang disiasat," jelasnya.

Namun beliau mendakwa, terdapat usaha untuk mencemarkan nama beliau dengan menyebarkan maklumat palsu dan sindiran tidak berasas terhadapnya.

"Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa pelantikan atau lanjutan tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya tertakluk dalam bidang kuasa Perdana Menteri," tambahnya.

Menurutnya, tindakan Azam membuat komen-komen bersifat prejudis secara terbuka mengenai dirinya sebagai tidak profesional dan mencurigakan memandangkan siasatan masih lagi berjalan.

"Sebagai ketua badan penguat kuasa, Azam Baki seharusnya bertanggungjawab ke atas sekumpulan 'sumber' yang membocorkan berita-berita mengenai perjalanan siasatan.

"Saya yakin kumpulan yang disebut sebagai 'sumber' itu hanya boleh melibatkan orang dalam," jelasnya.

Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Anwar, it is an open secret. Someone had reaped so much wealth dalam ucapannya pada 22 Disember lalu, Daim menyifatkan ia sebagai sindiran yang tidak bertanggungjawab kerana dirinya belum terbukti melakukan sebarang kesalahan.

"Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan beliau tergugat dengan saya. Malah, ini turut menunjukkan  Anwar telah menyalahguna kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dengan mencampuri urusan siasatan yang sedang berjalan," tambahnya.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan menyita bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini yang merupakan milik keluarga Daim.

Channel News Asia (CNA) yang berpangkalan di Singapura memetik eksekutif kewangan yang rapat dengan Daim sebagai berkata, bahawa rampasan itu dilakukan pada Khamis selepas keengganan Daim untuk menyerahkan petisyen SPRM untuk mengisytiharkan pegangan kewangannya dan keluarganya.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.

Daim dan beberapa ahli keluarga antara individu yang didedahkan mempunyai akaun amanah luar pesisir dalam pendedahan terkini ICIJ.

Siasatan dipanggil Pandora Papers atau Kertas Pandora itu membabitkan kira-kira 600 wartawan termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian - berdasarkan pembocoran 11.9 juta dokumen sulit daripada 14 syarikat khidmat kewangan di seluruh dunia.