MALAYSIA
Kerugian akibat penipuan dalam talian cecah RM1.12 bilion setakat Jun

NSRC diperkukuh sebagai pusat sehenti beroperasi 24 jam sejak 1 Julai, membolehkan mangsa membuat laporan melalui talian 997 tanpa perlu hadir ke balai polis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerugian kewangan akibat jenayah penipuan dalam talian mencecah RM1.12 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Ringkasan AI
- Kerugian kewangan akibat penipuan dalam talian mencecah RM1.12 bilion dari Januari hingga Jun 2025, menurut KDN dalam jawapan bertulis di Parlimen.
- NSRC diperkukuh sebagai pusat sehenti beroperasi 24 jam sejak 1 Julai, membolehkan mangsa membuat laporan melalui talian 997 tanpa perlu hadir ke balai polis, dan kini diletakkan di bawah kawal selia KDN serta diterajui PDRM.
- Langkah tambahan termasuk kerjasama antarabangsa, penggunaan Kanun Keseksaan, portal Semakmule 2.0, serta sekatan aplikasi tidak bermoral di Google Play dan Apple Store, tertakluk kepada dasar penyedia platform.
"Setelah hampir tiga tahun beroperasi secara pentadbiran, Perdana Menteri sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) bersetuju supaya NSRC diletakkan di bawah kawal selia KDN dan diterajui oleh PDRM," menurut jawapan itu.
Ia bagi menjawab soalan R. Yuneswaran (PH-Segamat) yang ingin tahu jumlah kerugian kewangan dialami rakyat Malaysia akibat penipuan dalam talian hingga Julai lepas.
KDN menyebut langkah lain bagi mengekang jenayah penipuan termasuk mengadakan kerjasama antarabangsa, meminta Kanun Keseksaan bagi menangani kes jenayah siber serta inisiatif portal Semakmule 2.0 untuk membantu masyarakat menyemak status akaun bank, nombor telefon dan syarikat yang mungkin terbabit dengan penipuan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami