awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menara KL buat laporan polis dakwa barang dirosakkan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/04/2025
14:25 MYT
Menara KL buat laporan polis dakwa barang dirosakkan
MKLSB menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada insiden itu melibatkan unsur khianat yang disengajakan.
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) bersama Hydroshoppe Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung insiden kerosakan dan kemusnahan terhadap barangan milik syarikat berkenaan, pada Jumaat.
Menurut Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada insiden itu melibatkan unsur khianat yang disengajakan.
"Sekiranya siasatan membuktikan wujudnya unsur khianat, tindakan susulan yang sewajarnya hendaklah diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.
Abdul Hamid turut menyifatkan tindakan memusnahkan atau dengan sengaja merosakkan harta syarikat sebagai perbuatan tidak beretika dan tidak profesional, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak.
Dalam pada itu, MKLSB turut mendedahkan bahawa sebelum ini terdapat ugutan terhadap kakitangannya susulan keputusan syarikat untuk tidak menerima tawaran daripada LSHSM, berikutan tawaran tersebut tidak menepati prinsip ‘no less favourable’.
“Kami berharap agar pihak polis mengambil tindakan tegas dan telus terhadap sebarang bentuk intimidasi dan perbuatan sabotaj yang boleh menjejaskan operasi syarikat,” tambah beliau.
Dalam laporan polis yang dilampirkan, aduan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada pukul 9.28 malam Jumaat.
Topic Berkaitan
#Menara Kuala Lumpur
#kebakaran
#khianat
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan