KUALA LUMPUR : Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma dilimpahi dengan cahaya lampu sebagai tanda solidariti memerangi Penyakit Tropika Yang Terabai atau Neglected Tropical Diseases (NTD) bermula jam 7 malam tadi.
Ia adalah antara usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Pencahayaan 100 Mercu Tanda di Seluruh Negara sempena sambutan Hari NTD.
Dalam satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tahun ini merupakan penglibatan kali kedua negara dalam sambutan World NTD dan fokus utama Malaysia adalah memerangi penyakit denggi.
"Selama empat dekad, beban global daripada denggi telah meningkat secara mendadak. Peningkatan ini sangat membimbangkan, terutamanya dengan perubahan iklim yang membawa kepada fenomena pemanasan global yang turut member kesan dalam transmisi penyakit denggi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, KKM dengan kerjasama Crown Prince Court of Abu Dhabi, Yayasan Bill & Melinda Gates, Carter Center, The END Fund, Uniting to Combat NTDs, DNDi dan lebih 300 pemimpin kerajaan, kesihatan, komuniti dan perniagaan melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran termasuk ceramah pakar kesihatan serta penyampaian maklumat berkenaan NTD kepada masyarakat dalam usaha menghapuskan NTD secara menyeluruh.
Hari NTD disambut pada 30 Januari setiap tahun dan Malaysia terus komited menyertai usaha komuniti global untuk menamatkan NTD serta membebaskan generasi akan datang daripada penyakit kemiskinan.
Sambutan Hari NTD pada tahun ini mengetengahkan tema "100 percent Committed" bertujuan menyeru para pemimpin peringkat global menunjukkan solidariti dan komitmen penuh mendokong sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghapuskan NTD di 100 negara menjelang 2030.
NTD merangkumi 20 jenis penyakit seperti denggi, Chikungunya, Chagas Disease, Buruli Ulcer dan lain-lain yang mampu melemah, menjejaskan fizikal serta boleh menyebabkan kematian.
Untuk rekod, lebih 1.7 bilion orang atau bersamaan 24 peratus populasi dunia dijangkiti NTD.
Astro Awani
Sun Jan 30 2022

Ia adalah antara usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Pencahayaan 100 Mercu Tanda di Seluruh Negara sempena sambutan Hari NTD. - Foto/ Astro AWANI

Ketua Pengarang ASTRO Awani, Ashwad Ismail dipilih sebagai Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
IPO Jati Tinggi sasar dapatkan modal RM18.04 juta
Jati Tinggi Group Bhd syarikat industri kejuruteraan utiliti infrastruktur menyasarkan untuk mengumpul RM18.04 juta melalui terbitan 66.8 juta saham baharu berharga 27 sen sesaham.
Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di Iskandar Puteri - IIB
Iskandar Investment Bhd (IIB) merancang pembinaan lebih banyak rumah mampu milik di Iskandar Puteri di bawah Projek Wawari bagi membolehkan semua lapisan masyarakat mempunyai rumah berkualiti selain bernilai tinggi pada harga yang berpatutan.

MyCEB julang industri acara perniagaan Malaysia pada IBTM World 2023
Berlangsung 28-30 November di Fira Barcelona Gran Via, ia bukti usaha keras memartabatkan negara sebagai destinasi acara perniagaan pilihan di rantau Asia.
Pantau Agenda Reformasi: Reformasi struktur & masa depan lebih terjamin buat belia
Gaji Progresif, reformasi struktur dan masa depan lebih terjamin buat orang muda?
Kertas putih cadangan dasar gaji progresif akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Pembentangan ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan asas-asas dan mekanisme pelaksanaannya.
Sebelum ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata, peruntukan pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalnya telah dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi.
Bersedia menerusi panggilan video, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia, Fauzi Fadzil dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani
Kertas putih cadangan dasar gaji progresif akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Pembentangan ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan asas-asas dan mekanisme pelaksanaannya.
Sebelum ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata, peruntukan pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalnya telah dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi.
Bersedia menerusi panggilan video, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia, Fauzi Fadzil dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani

Abby Abadi ditipu 'scammer', rugi RM18,500
Abby Abadi berputih mata apabila wang RM18,500 lesap begitu sahaja selepas ditipu skim pelaburan atas talian.

Menara Kuala Lumpur, Pintasan Saloma dilimpahi cahaya sempena Hari NTD
Menara Kuala Lumpur dan Pintasan Saloma dilimpahi dengan cahaya lampu sebagai tanda solidariti memerangi Penyakit Tropika Yang Terabai atau Neglected Tropical Diseases (NTD) bermula jam 7 malam tadi.