PUTRAJAYA: Sebagai usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efisien, aspek amalan dan prosedur yang termaktub dalam perundangan serta kaedah tanah negara wajar ditransformasi.
Pentadbiran tanah perlu sentiasa dikaji dan ditambahbaik agar seiring dengan perkembangan semasa khususnya situasi yang menuntut kepada perubahan seperti ketika ini akibat penularan pandemik COVID-19.
Bagi menghargai sumbangan warga pentadbiran tanah, Hari Tanah Negara (HTN) akan disambut pada 27 Julai setiap tahun melalui penganjuran Persidangan Pentadbir Tanah seluruh negara. Namun, sambutan HTN tahun 2021 akan dibuat secara maya dengan pengisian beberapa siri webinar berikutan pandemik COVID-19.
Penganjuran tersebut adalah selaras dengan objektif dalam memastikan perundangan dan pentadbiran tanah sentiasa relevan dan selari dengan arus perdana pembangunan negara.
Bagi sambutan HTN Ke-5 yang bakal berlangsung pada Selasa ini, ia mengangkat tema ‘Mendepani Cabaran Pasca COVID-19 Dalam Pentadbiran Tanah’ dan perutusan khas perasmian sambutan akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada acara tersebut, beliau juga akan turut merasmikan pelancaran peluasan sistem e-Tanah secara kerjasama awam-swasta di negeri-negeri lain selepas pelaksanaan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak.
Peluasan sistem e-Tanah di semua negeri di Semenanjung dijangka selesai dibangunkan dan boleh digunakan sepenuhnya pada akhir tahun 2024.
Sistem e-Tanah tingkat kecekapan perkhidmatan pengurusan tanah
Sistem e-Tanah terbukti meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengurusan tanah dan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan kedudukan negara dari kedudukan ke-15 pada tahun 2019 kepada tangga ke-12, menurut laporan Bank Dunia ‘Ease of Doing Business’ pada 2020.
Sistem ini turut meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Gold Award Public Sector di Asean ICT Award pada 2018.
Dalam pada itu, kajian mengenai konsep penggunaan teknologi Private Cloud di Pusat Data (Data Centre - DC) dan Pusat Pemulihan Data (Data Recovery Centre - DRC) dalam komponen sistem e-Tanah sedang dijalankan bagi menggantikan teknologi sedia ada dalam usaha memodenkan dan meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah.
Memandangkan teknologi Private Cloud ini adalah trajektori baharu dalam pendigitalan urusan pentadbiran kerajaan secara menyeluruh, usaha JKPTG dalam memperkenalkan konsep ini dalam urusan pentadbiran tanah dilihat selaras dengan usaha berkenaan.
JKPTG penggerak utama perundangan dan pentadbiran tanah negara
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) memainkan peranan penting dalam perundangan dan pentadbiran tanah negara antaranya meliputi aspek penyemakan dan kajian perundangan berkaitan pentadbiran tanah serta pengurusan rekod harta tanah persekutuan.
Berkaitan aspek pengurusan harta tanah persekutuan ini, kerajaan persekutuan melalui JKPTG turut mengumumkan inisiatif pemberian diskaun bagi membantu meringankan beban penyewa tanah persekutuan dan penyewa ruang bangunan kerajaan persekutuan yang terjejas sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pada tahun 2020 dan diteruskan sehingga 31 Disember 2021.
JKPTG selain itu turut sedang mengkaji konsep Pelaksanaan Perserahan dan Pendaftaran Secara Elektronik (Online Presentation and Registration atau OPR) bagi membolehkan sebarang perserahan dan pendaftaran berhubung urus niaga dan bukan urus niaga tertentu boleh dibuat secara elektronik sepenuhnya secara dalam talian.
Pelaksanaannya diharap akan mempercepatkan dan memudahkan urusan berkaitan tanah terutama yang membabitkan orang awam.
Jabatan tersebut turut menubuhkan Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS) bagi menyelesaikan isu berkaitan bangunan-bangunan lama di bawah kategori bangunan khas yang tidak mempunyai hak milik strata.
Sehingga kini, sebanyak 1,515 petak dapat diselesaikan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang.
Pemilik petak tersebut kini boleh menikmati manfaat pemilikan hartanah tersebut melalui sebarang tindakan urus niaga dan bukan urus niaga seperti pindah milik, pajakan dan pusaka dengan lebih sempurna dan terjamin.
Sebarang sumbangan kepada tabung ini boleh disalurkan secara terus ke Alliance Islamic Bank Bhd., nombor akaun 160140010004397 dengan memasukkan perihal bank ‘Sumbangan TKHS’.
Setiap penyumbang akan mendapat kebaikan dan pulangan dari segi pengecualian cukai pendapatan.
JKPTG bertanggungjawab menyelesaikan permohonan pembahagian harta pusaka kecil
Menjadi tanggungjawab JKPTG dalam menyelesaikan permohonan pembahagian harta pusaka kecil dengan nilaian keseluruhan harta peninggalan si mati tidak melebihi RM2 juta yang terdiri daripada harta tak alih (seperti tanah/rumah) sahaja atau bersama-sama harta alih (seperti wang simpanan/saham/kenderaan).
Secara purata JKPTG menerima hampir 60,000 permohonan baharu pembahagian harta pusaka kecil setiap tahun yang mewakili lebih 65 peratus jumlah permohonan pembahagian harta pusaka di Malaysia berbanding agensi lain seperti Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Bhd.
Dalam menambahbaik pengurusan aspek ini, JKPTG sedang membuat kajian perundangan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Akta 98 dengan fokus untuk memberi pilihan kepada rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan dengan kos yang lebih murah di samping memudahkan urusan pengurusan harta pusaka kecil.
Haikal Raman
Sun Jul 25 2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menyampaikan perutusan khas perasmian sambutan HTN Ke-5 pada Selasa (27 Julai 2021). (GAMBAR FAIL: Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-77 pada 8 September 2020).
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
JKPTG kenal pasti tanah Persekutuan yang terbiar untuk dioptimumkan
KPTG sedang mengenal pasti tanah-tanah Persekutuan yang kosong atau terbiar untuk dioptimumkan bagi tujuan sewaan atau pajakan selaras dengan Hala Tuju Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030.
Mendepani cabaran pasca COVID-19 dalam pentadbiran tanah
Sebagai usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efisien, aspek amalan dan prosedur yang termaktub dalam perundangan serta kaedah tanah negara wajar ditransformasi.