KUALA LUMPUR: Kerajaan diseru agar melonggarkan sekatan terhadap penggunaan segelintir jenis kanabis perubatan termasuk cannabidiol atau CBD bagi tujuan rawatan di negara ini.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi berkata, penggunaan kanabis perubatan juga disaran diletakkan di bawah Akta Racun 1952, yang mana kerajaan boleh melaksanakan kelonggaran itu tanpa perlu membawa ke Dewan Rakyat.
Ini jelas beliau bagi membolehkan ia dapat diimport ke dalam negara untuk digunakan oleh para pesakit yang benar-benar memerlukan.
"Morfin, heroin, dan codeine mempunyai kesan kimia yang lebih kuat berbanding kanabis. Undang-undang turut membenarkan semua ubat itu digunakan berdasarkan preskripsi (arahan) doktor. Doktor boleh memberikan arahan (untuk menggunakan) morfin, heroin, dan codeine, yang mana ia lebih 'poten' daripada kanabis.
"Kenapa kerajaan masih terlalu tegas tentang penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan? Kami mahu mengawal jenis kanabis atau CBD yang akan dibenarkan untuk diimport.
"Peruntukan ini di bawah Seksyen 47 Akta Dadah Berbahaya (1952), yang memberi kuasa kepada menteri-menteri untuk membuat peraturan bagi memberi pengecualian kepada manusia dan institusi untuk kegunaan penyelidikan atau memberi preskripsi kepada pesakit," katanya kepada pemberita di Universiti MAHSA, di sini hari ini.
Terdahulu, Universiti MAHSA menganjurkan seminar mengenai Fakta dan Kebaikan Kanabis Perubatan yang disertai oleh pakar dan pengamal perubatan tempatan serta luar negara.
Antara speaker yang turut sama ialah Ketua Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti MAHSA, Prof Dr Hussain Habil; Pensyarah Sekolah Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Aishah Abdul Latiff; serta Ketua Pegawai Eksekutif UMCAS, Dr. Khafidz Mohd Ishak.
CBD merupakan antara bahan aktif di dalam kanabis dan ia tidak menyebabkan ketagihan.
Mengulas lanjut, Zaki yang juga Canselor Universiti MAHSA berkata, terdapat ibu bapa yang berkongsi pengalaman menggunakan CBD bagi merawat anak mereka yang mengalami epilepsi, dan ia terbukti berkesan.
"Mengapa kerajaan begitu tegas, mengapa penguatkuasa undang-undang yang lain begitu tegas, mengapa Peguam Negara begitu tegas? Tolong apabila anak atau saudara anda menderita barulah anda tahu bagaimana rasanya...
"Jadi kami merayu kerana ramai orang yang memerlukan CBD," tambahnya.
Sementara itu, Hussain berkata usaha yang dilakukan ini bukan bertujuan untuk membenarkan penyalahgunaan kanabis, sebaliknya ia bagi memberikan manfaat kepada para pesakit yang memerlukan.
Ujarnya lagi, jika kanabis perubatan diletakkan di bawah Akta Racun 1952, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh menyediakan garis panduan dan menentukan bahawa kanabis perubatan diselenggara oleh para doktor dan pakar-pakar kesihatan, yang menggunakan kanabis sebagai rawatan.
"Jadi sebenarnya ada peraturan di situ cuma belum lagi diguna pakai dan kita tak tahu macam mana boleh tersalah pandang. Jadi kalau kita boleh lalukan perkara tersebut, maka sebenarnya kita akan lebih memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan rawatan.
"Oleh kerana peraturan ini belum diguna pakai, itu yang jadi masalah di mana mereka terpaksa mencari jalan lain yang tentu sekali sehingga ke tahap yang menyalahi undang-undang.
"Jadi saya rasa untuk mengatasi masalah ini, yang penting pihak KKM atau kerajaan perlu menangani masalah tersebut supaya peraturan itu dapat digunakan secepat mungkin," tambah beliau.
Dalam masa yang sama, Hussain ketika berucap antaranya turut mencadangkan agar menubuhkan Pusat Kecemerlangan bagi tujuan pembelajaran, menyelaras, serta melatih bagi penggunaan kanabis perubatan.
Setakat ini lebih 40 negara telah meluluskan penanaman, penggunaan dan penjualan ganja industri atau ganja perubatan termasuk Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Argentina dan Denmark.
Pada 26 Disember 2018, kerajaan Thailand meluluskan pindaan terhadap undang-undang narkotik negara itu yang menyaksikan penggunaan produk ganja dan ketum untuk tujuan perubatan tidak lagi menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang.
Pun begitu di Malaysia, di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan pemilikan ganja dengan berat 200 gram boleh membawa hukuman mati.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 24 2022

Tun Zaki (tengah) berkata, penggunaan kanabis perubatan juga disaran diletakkan di bawah Akta Racun 1952, yang mana kerajaan boleh melaksanakan kelonggaran itu tanpa perlu membawa ke Dewan Rakyat - Foto Astro AWANI

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

'Mengapa kerajaan begitu tegas?' - Bekas Hakim Negara rayu kerajaan longgarkan penggunaan kanabis CBD
Kerajaan dirayu agar melonggarkan sekatan terhadap penggunaan segelintir jenis kanabis perubatan termasuk cannabidiol atau CBD bagi tujuan rawatan di negara ini.