IPOH: Allahyarham Mamat Khalid, 58, sepatutnya akan memulakan penggambaran untuk telemovie bertajuk 'Kampung Pisang Berbuah Dua Kali' minggu hadapan.
Perkara itu didedahkan anak Allahyarham, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25.
"Filem itu masih mengekalkan pelakon yang sama papa sudah ambil beberapa 'speed' untuk siapkannya.
"Papa bercadang untuk memulakan penggambaran hujung bulan ini tetapi tidak sempat."
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1, di sini, pada Ahad.
"Kampung Pisang Berbuah Dua Kali" merupakan filem kerjasama Astro Shaw dan Enjit Enjit Semut (syarikat produksi Mamat Khalid) untuk Astro First.
Penggambaran telemovie tersebut dijadualkan bermula empat hari lagi.
Difahamkan segala persiapan telah dibuat - termasuk skrip dan lagu - hanya menunggu untuk sesi penggambaran.
Sementara itu, "Kampong Pisang Kita Setandan" merupakan produksi terakhir pengarah prolifik ini sebelum menghembuskan nafas terakhir malam tadi.
Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung yang sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.
Mohd Khalid berkata, bapanya sempat membuat persembahan di kafe mereka di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River.
Katanya, bapanya yang bermain keyboard sedang memainkan lagu 'Apokalips' di hadapan ahli keluarganya tiba-tiba terdiam.
"Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.
"Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Papa memang ada sakit jantung," katanya.
Allahyarham Mamat Khalid meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.
Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama menerusi filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario.
Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasilkan francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.
*Berita asal di Sinar Harian
Astro Awani
Sun Oct 24 2021
Antara pelakon dan watak ciptaan Mamat Khalid yang berkesan hingga tular. -Foto sumber internet
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
90 kes direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih