awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid

Bernama
Bernama
28/12/2023
03:14 MYT
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Tourism Perak akan menganjurkan wayang pacak dengan menayangkan tiga filem hasil karya pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah selama tiga hari berturut-turut bermula 30 Dis ini.
IPOH: Tourism Perak akan menganjurkan wayang pacak dengan menayangkan tiga filem hasil karya pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah selama tiga hari berturut-turut bermula 30 Dis ini.
Tourism Perak menerusi hebahan di laman Facebook rasminya memaklumkan,penganjuran wayang pacak itu sebagai menghargai dan memberi penghormatan kepada pengarah kelahiran Ipoh itu yang terkenal dalam penghasilan karya-karya humor sarat dengan mesej serta sindiran tajam.
"Bermula 30 Dis, filem pertama yang akan ditayangkan ialah Man Laksa Dalam Malam Amal Kampung Talang pada 2.30 petang diikuti Zombi Kampung Pisang pada 3.30 petang, 31 Dis.
"Filem yang sentiasa menjadi bualan orang ramai Hantu Kak Limah Balik Rumah pula akan ditayangkan pada 8 malam, 1 Jan nanti," menurut hantaran itu.
Tourism Perak memaklumkan penayangan filem itu juga diadakan bersempenaPelancaran Tahun Melawat Perak 2024 dan Sambutan Ambang tahun Baru 2024.
"Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma," menurut Tourism Perak.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid yang berasal dari Sungai Rokam, di sini, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Tanjung Malim pada 24 Okt 2021. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mamat Khalid
#filem Mamat Khalid
#wayang pacak
#Tourism Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan