KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 masuk tahun kesembilan hari ini.
Misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru itu terus menjadi persoalan, terutamanya dalam kalangan ahli keluarga penumpang.
Ia turut menarik perhatian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi reaksi dalam satu perkongsian di akaun Facebook mengenai kejadian yang menimpa pesawat malang itu.
"Hari ini ulang tahun kehilangan MH370, sejak itu kita tidak mendapat bukti sebenar apa yang berlaku terhadap pesawat terbabit. Ramai yang mengatakan ia terhempas di laut.
"Tetapi kita tidak mempunyai bukti nyata pesawat itu terhempas ke laut, kita juga tidak ada bukti yang mengatakan MH370 mendarat atau terhempas di mana-mana kawasan darat," jelasnya.
Tambah Dr Mahathir, tempoh sembilan tahun amat panjang buat ahli keluarga penumpang pesawat itu serta meresahkan apabila mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku pada pesawat berkenaan.
"Jadi, ini amat meresahkan keluarga penumpang kerana mengetahui sesuatu berlaku kepada ahli keluarga mereka adalah satu kelegaan.
"Tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku kepada ahli keluarga mereka sangat mengganggu kerana kita tidak tahu sama ada mereka masih hidup atau telah ditangkap.
"Jadi, kita perlu bersabar. Kita harus menerima bahawa kejadian ini telah berlaku.
"Kita tidak mahu ia berlaku, tetapi ia telah berlaku dan kita harus menerima kenyataan bahawa pesawat ini telah hilang bersama penumpang dan anak kapal," jelasnya lagi.
Ujar Dr Mahathir, beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
"Kemungkinan besar mereka tidak lagi bernyawa kerana apabila pesawat itu diambil alih oleh orang lain dan diterbangkan ke destinasi lain, nasib penumpang pastinya akan menjadi seperti pesawat itu.
"Apa yang berlaku kepada kapal terbang, berlaku kepada penumpang.
"Saya berdoa dan berharap kita dapat terus mencari pesawat itu.
"Tetapi jika kita tidak dapat mencari pesawat selama bertahun-tahun, kita harus menerima hakikat bahawa kita telah kehilangan mereka.
"Kita telah kehilangan pesawat itu dan kita telah kehilangan ahli keluarga yang terbang di dalam pesawat itu.
"Itu adalah sesuatu yang perlu kita terima, walaupun sukar," kata Tun Mahathir lagi.
Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula apabila ia hilang dari radar ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Bagaimana dan mengapa pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 penumpang dari pelbagai negara dan 12 anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan radar terus menjadi teka-teki sehingga ke hari ini, di sebalik pencarian besar-besaran yang pernah dilakukan dalam sejarah penerbangan.
Fareez Azman
Wed Mar 08 2023
Dr Mahathir turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun perlu diterima. -Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi
Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur.
'Nama saya hanya Hasmah, bukan Siti Hasmah'
'Gelaran' tersebut diberikan selepas beliau dan Dr Mahathir berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.
Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir yang berusia 99 tahun dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara disebabkan batuk.
SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan selama 30 hari kepada Tan Sri Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta.
Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Ma
Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.
PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Keputusan MUDA untuk bertanding secara solo dalam PRN akan datang tidak akan mempunyai erti jika parti itu tidak dapat menubuhkan kerajaan.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah
Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan
Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadapnya, hari ini.