awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: "Arwah Pak Lah dianggap sebilangan orang seperti wali," kata Syed Hamid Albar

Faida Rahim
Faida Rahim
15/04/2025
01:00 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: "Arwah Pak Lah dianggap sebilangan orang seperti wali," kata Syed Hamid Albar
Syed Hamid menyifatkan Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga seorang majikan terbaik.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja seorang sahabat tetapi juga seorang majikan terbaik.
Menurut Syed Hamid, hubungannya dengan Perdana Menteri kelima itu amat dekat sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Luar.
"Saya selalu dengan beliau bukan sahaja sebagai Menteri Luar tetapi sebagai kawan.
“Saya tengok pemimpin luar pun mesra dengannya kerana cara dan pendekatan beliau yang tidak agresif, orang kata beliau macam 'wali'," kata Syed Hamid kepada wartawan ketika ditemui media di kediaman Allahyarham Abdullah di sini, hari ini.
Dalam nada sebak, Syed Hamid menyifatkan pemergian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah sebagai satu kehilangan besar buat negara.
Kata Syed Hamid, sepanjang menerajui negara, Allahyarham terkenal sebagai seorang pemimpin yang mesra kepada rakyat serta banyak membawa perubahan kepada negara sepanjang pentadbirannya.
"Kita fikir satu kehilangan, seorang negarawan, seorang pemimpin yang cukup dedikasi kepada tugasnya yang sederhana yang membawa kepada Islam Hadari.
"Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman," kata Syed Hamid lagi.
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#Syed Hamid Albar
#Pengebumian Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan