awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: OIC lebih menyerlah ketika era Pak Lah

Bernama
Bernama
15/04/2025
03:10 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: OIC lebih menyerlah ketika era Pak Lah
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mencapai tahap keterlibatan antarabangsa yang lebih menyerlah ketika era pentadbiran Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mencapai tahap keterlibatan antarabangsa yang lebih menyerlah ketika era pentadbiran Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, kata Felo di Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan.
Beliau berkata, di bawah kepimpinan Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, pendekatan dasar luar Malaysia yang tenang namun tegas telah memperkukuh peranan negara dalam organisasi itu, sekali gus menjadikan OIC wadah penting bagi menangani isu-isu yang melibatkan dunia Islam.
"Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, OIC begitu menyerlah. Memang betul, itu tidak dapat dinafikan. Bukan sahaja kerana kepimpinan Pak Lah, tetapi juga kerana kerjasama erat dengan pemimpin negara-negara Islam lain yang memberi kekuatan kepada pertubuhan itu," katanya semasa temu bual bersama Bernama Radio program khas Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, ketokohan dan pendekatan kepimpinan Allahyarham dalam mengemudi dasar luar Malaysia ketika menjadi Perdana Menteri dan Menteri Luar turut dikenang sebagai era yang menonjolkan nilai ketulusan dan ketenangan dalam diplomasi antarabangsa.
Beliau berkata ketika dunia berdepan tekanan geopolitik yang kompleks, termasuk isu-isu sensitif di rantau Asia Tenggara, Allahyarham Abdullah memperlihatkan keperibadian yang tenang, tersusun dan berhemah dalam mendepani cabaran berkenaan.
"Diplomasi tersirat atau soft power dalam hubungan Malaysia dengan negara jiran atau negara lain bergantung kepada kepimpinan nombor satu (negara), dan dalam kes kita, Perdana Menteri.
"Ketika itu, ketenangan Pak Lah dalam menghadapi cabaran-cabaran telah memberi impak positif kepada Malaysia. Pemimpin luar menyaksikan bahawa pemimpin Malaysia ini mahu menyelesaikan masalah, bukan memburukkan keadaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Abdullah Ahmad Badawi
#Pak Lah meninggal dunia
#OIC era Pak Lah
#Pengebumian Negara
#makam pahlawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan