awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: 'Pemergian bapa bukan kejutan tapi perpisahan menyayat hati'

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2025
06:40 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: 'Pemergian bapa bukan kejutan tapi perpisahan menyayat hati'
Menurut Nori (kiri), pemergian bapanya disifatkan sebagai sebuah permulaan untuk lebih ramai mengenali sisi peribadi dan perjuangan melalui rakaman, penulisan dan bahan-bahan yang dirakamkan sepanjang hayatnya. -IG kitafamilypodcast
"PEMERGIAN bapa bukan satu kejutan, sebaliknya satu perpisahan yang perlahan dan menyayat hati kesan daripada penyakit demensia yang dialami sejak beberapa tahun lalu."

Ringkasan AI
  • Nori Abdullah menyatakan pemergian bapanya akibat demensia sebagai perpisahan yang perlahan dan menyayat hati.
  • Nori bersyukur bapanya terhindar daripada kesakitan dan kebimbangan, walaupun kehilangan tempat untuk meminta nasihat.
  • Nori menyifatkan pengebumian bapanya sebagai penghormatan yang tidak dapat dibeli dengan wang, dan berharap lebih ramai mengenali perjuangan bapanya melalui rakaman dan penulisan.

Puteri kesayangan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Nori Abdullah menerusi nukilan sayu di akaun kitafamilypodcast di Instagram berkata, perpisahan yang berlaku terasa begitu panjang dan berjalan dalam banyak cara.
"Sudah sekian lama kami mengucapkan selamat tinggal dalam pelbagai cara kerana itulah yang dilalui oleh sesiapa apabila berdepan dengan demensia.
"Dalam beberapa hal, saya bersyukur kerana dengan keadaan itu, beliau terhindar daripada begitu banyak kesakitan dan kebimbangan, walaupun saya sendiri kehilangan tempat untuk meminta nasihat dan menghibur hati,” luahnya.
Dalam hantaran sama, Nori berkata perpisahan terakhir ini amat memilukan, namun dalam masa sama ada ketenangan yang datang daripada limpahan mesej, bukan sekadar ucapan takziah, tetapi penghargaan dan kata-kata yang indah mengenai arwah bapanya.
"Ada kasih sayang dan penghormatan yang tulus. Ia ibarat pengebumian dan penghormatan negara yang wang tidak mampu beli. Tuhan itu Maha Pemurah," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by kitafamilypodcast (@kitafamilypodcast)
Nori dalam pada itu turut menyifatkan pengebumian yang berlangsung sebelum ini sebagai satu penghormatan buat bapanya.
"Ia sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan bukti kasih sayang rakyat terhadap tokoh yang pernah memimpin negara.
“Meski sedih, dalam masa sama saya rasa tenang. Mesej-mesej takziah dan penghargaan diterima benar-benar menyentuh hati. Allah itu Maha Pemurah,” katanya.
Tambah beliau lagi, pemergian bapanya disifatkan sebagai sebuah permulaan untuk lebih ramai mengenali sisi peribadi dan perjuangan melalui rakaman, penulisan dan bahan-bahan yang dirakamkan sepanjang hayatnya.
“Sebagai Siti Baba-mu, saya berharap dan berdoa agar ayah sudah cukup berusaha untuk menjadi insan yang diredai Tuhan," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#ucapan takziah
#Demensia
#Nori Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan