awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Persepsi kaitkan penagih dadah daripada golongan miskin tidak tepat - PEMADAM
Futsal ASEAN B-19: Malaysia tamatkan kempen di tempat ketiga, bangkit atasi Vietnam
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sultan Perak zahir dukacita, bendera negeri dikibarkan separuh tiang

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/04/2025
02:30 MYT
Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sultan Perak zahir dukacita, bendera negeri dikibarkan separuh tiang
Sultan Nazrin Shah berkenan menerima tabik hormat sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kembali ke Rahmatullah malam tadi.
Menerusi Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan DUN Perak Ke-15 hari ini, baginda bertitah, seluruh rakyat negeri Perak bersama Raja Permaisuri Perak dan Dewan Negeri turut berkongsi kesedihan atas kehilangan negarawan tersebut.
"Beta bersama Raja Permaisuri, Dewan ini dan seluruh rakyat Beta di negeri Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Abdullah, dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jeanne Abdullah dan keluarga Allahyarham," titah baginda.
Sultan Nazrin turut mendoakan agar roh Allahyarham Tun Abdullah dilimpahi rahmat serta ditempatkan dalam kalangan roh para solihin.
Sebagai tanda berkabung dan menghormati pemergian beliau, baginda turut menitahkan agar bendera negeri Perak dikibarkan separuh tiang hari ini.
Topic Berkaitan
#Abdullah Ahmad Badawi
#Sultan Perak
#DUN Perak
#Pak Lah meninggal dunia
#kibar bendera separuh tiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan