Futsal ASEAN B-19: Malaysia tamatkan kempen di tempat ketiga, bangkit atasi Vietnam

Skuad futsal B-19 meraih tempat ketiga menewaskan Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti dalam Kejohanan Futsal B-19 ASEAN di Stadium Nonthaburi. - StadiumAstro
PENUTUP yang manis buat ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam.
Dengan kejayaan membawa skuad senior mara ke Futsal Piala Asia tahun hadapan, pengendali kelahiran Thailand itu turut memenangi pingat gangsa Sukan SEA Thailand baru-baru ini.
Bukan hanya itu, kem futsal bawah 19 tahun (B-19) di bawah bimbingannya juga meraih tempat ketiga menewaskan Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti dalam Kejohanan Futsal B-19 ASEAN di Stadium Nonthaburi.
Gawang Malaysia dibolosi pada minit kelima, namun penyamaan berjaya dicapai pada separuh masa kedua menerusi Iqbal Hazim Radzi pada minit ke-39.
Sebelum tamat aksi, drama terjadi tatkala Aidil Zakwan Zaidi sempat mengikat kedudukan 2-2 sebelum wisel dibunyikan.
Aidil Fazrez Zul Hatta muncul wira dengan memastikan Malaysia menang dengan keputusan 4-3.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


