awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah

Bernama
Bernama
13/11/2024
04:55 MYT
Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah
Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebelum menjawab pertanyaan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.
Turut mengucapkan takziah, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memohon kepada semua yang beragama Islam untuk membaca surah Al-Fatihah.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor berkata majlis mesyuarat mengambil maklum atas pemergian berkenaan sebelum turut mengucapkan takziah.
Menurut keluarga Allahyarham dalam kenyataan, Daim, 86, meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi.
Daim sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan kali kedua pada 1999 hingga 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#ucapan takziah
#ahli Parlimen
#Dewan Rakyat
#Tun Daim meninggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan