awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mengenang Tun Daim: 'Terima kasih atas sokongan, doa untuk Allahyarham' - Isteri

Faida Rahim
Faida Rahim
13/11/2024
11:11 MYT
Mengenang Tun Daim: 'Terima kasih atas sokongan, doa untuk Allahyarham' - Isteri
Na’imah menyiram air mawar di atas pusara suaminya di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan doa untuk suaminya.
"Ini adalah masa sukar untuk kami sekeluarga. Terima kasih atas sokongan dan doa rakyat Malaysia untuk Allahyarham.
“Kita manusia kerdil di sisi Tuhan dan tidak lari daripada melakukan kesilapan. Mohon terus doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 di sini, hari ini.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham banyak ilmu perniagaan, galak orang Melayu bersama beliau' - Tun Dr Mahathir
Na’imah turut berkata, pihak keluarga yang masih bersedih atas pemergian Allahyarham memohon sedikit ruang dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Daim menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya, hari ini.
Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke kediaman di Bukit Tunku bagi upacara penghormatan terakhir dan disolatkan di Masjid Wilayah sebelum dikebumikan pada jam 6.06 petang.
Topic Berkaitan
#Tun Daim Zainuddin
#Tun Daim meninggal
#isteri daim
#Na imah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan