TARIKH 31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan. Hari Malaysia pula disambut pada 16 September untuk memperingati penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke Tanah Melayu pada tahun 1963. Memahami hakikat sebenar makna, nilai dan harga kedua-dua tarikh bersejarah ini harus menyebabkan kita berasa insaf, timbul rasa syukur dan membangkit nyalarasa patriotisme untuk mempertahankannya dengan sepenuh jiwa raga.
Bagi Almarhum Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, sebagai umat beragama, kemerdekaan adalah nikmat Tuhan yang diwajib disyukuri dengan cara yang diredai dan disenangi sang Penganugerahnya iaitu dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya. Dengan kesyukuran sebenar, maka kata hukama akan mengekalkan nikmat kemerdekaan. Kesyukuran hadir dalam hati sanubari apabila kita benar-benar menghayati makna dan hakikat sebenar kemerdekaan di minda, jiwa dan raga. Pemahaman terhadap makna sebenar kemerdekaan pula perlulah diambil daripada ahli yang benar-benar faham, menghayati bahkan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang diredai dan disenangi sang Penganugerahnya sebagaimana yang disebut oleh Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil di atas, Pendeta Za’ba dan Pemikir Malik Bennabi adalah antaranya.
Menyorot pandangan pemuka ilmu kebanggaan Negeri Sembilan iaitu Pendeta Za’ba tentang makna kemerdekaan adalah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada kepercayaan-kepercayan serong dan terpesong kepada kepercayaan yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia”. Malik Bennabi pula menjelaskan bahawa perjuangan membebaskan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan minda agar bebas daripada belenggu minda anak jajahan.
Kefahaman dan penghayatan mendalam terhadap kedua-dua erti kemerdekaan yang diutarakan oleh kedua-dua pemikir ini mampu membangkitkan semangat minda, jiwa dan raga merdeka dalam erti kata sebenarnya. Sebagai warga yang memiliki minda, jiwa dan raga yang benar-benar merdeka akan memastikan bukan sahaja dirinya merdeka bahkan ia akan memastikan orang lain juga turut memiliki kemerdekaan yang sama. Bukan sahaja orang lain, institusi-institusi penting rakyat yang memastikan keadilan untuk rakyat turut dipastikan bebas, merdeka dan berdaulat.
Parlimen adalah antara institusi rakyat yang sangat penting dipastikan merdeka, bebas dan mempunyai kedaulatan sebagai teras kepada Perlembagaan Negara. Parlimen merupakan salah satu institusi legislatif yang penting bagi mengimbangi kuasa eksekutif dan kehakiman agar kuasa pemerintahan tidak dibolot oleh hanya satu institusi. Doktrin pemisahan kuasa penting bagi memastikan kuasa semak imbang berjalan baik demi menegakkan keadilan yang menjadi teras kepada makna kemerdekaan yang sebenarnya. Menteri-menteri persekutuan adalah bertanggungjawab kepada Parlimen. Malaysia yang merdeka bermakna mempunyai kerajaan yang demokratik berdasarkan prinsip legislatif persekutuan yang kuat di bawah perlembagaan yang berasaskan demokrasi berparlimen di mana para menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen.
Disebabkan itulah juga, Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) sangat mendokong dikembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memastikan Parlimen menjadi institusi yang benar-benar bebas dan berwibawa dengan mempunyai pentadbiran dan pengurusan kewangan sendiri di samping memperkasakan elemen penyelidikan.
Apabilan Parlimen pertama kali bersidang pada 11 September 1959, Yang di-Pertuan Agong mempertegaskan dalam titah pembukaannya pada 12 September 1959 bahawa Parlimen merupakan “mahkota” yang menyempurnakan proses pembentukan kerajaan demokratik untuk Malaysia yang merdeka. Intipati Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagai prinsip asas turut dipertegaskan dalam proklamasi kemerdekaan yang disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Ini sangat menggambarkan bahawa batu asas kukuh ini sebagai pra-syarat memastikan asas kenegaraan dan penerusan kemerdekaan terjamin. Selama mana prinsip dan ruh ini dihayati maka Malaysia akan terus mengecapi kemerdekaan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Menurut Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff dan Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi, pengungkapan perkataan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan sebanyak 303 kali menggambarkan kepentingan fungsi perlembagaan Parlimen yang kritikal. Sebagai institusi yang berdaulat dan bebas, tambah kedua-dua tokoh tersebut bahawa Parlimen berperanan untuk membikin undang-undang; melulus dan mengabsahkan perbelanjaan duit rakyat; menguatkuasakan fungsi dan tanggungjawab kementerian dan; mendengar dan menyelesaikan permasalahan rakyat.
Kedaulatan Parlimen juga tergambar melalui keanggotaannya yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua “Majlis” iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara mewakili negeri-negeri manakala Dewan Rakyat mewakili rakyat dan memberikan legitimasi kepada pembentukan kerajaan yang memerintah. Kedua-dua dewan ini bukan sekadar rubber stamp namun mempunyai fungsi masing-masing yang sangat penting dalam mempertahankan suara dan kepentingan rakyat.
Parlimen yang diharapkan menjadi institusi membela rakyat harus terus bebas berdaulat, menjadi ejen semak dan imbang kepada eksekutif pentadbiran negara. Sebarang usaha pembaharuan dan usaha memberikan autonomi kepada Parlimen wajib disokong dan direalisasikan agar Parlimen benar-benar berfungsi dengan berkesan untuk membela suara rakyat, antaranya adalah mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen dan usaha reformasi Dewan Negara.
Jelas Parlimen merupakan antara institusi penting yang mendasari Perlembagaan Persekutuan bahkan menjadi asas kepada kemerdekaan dan pembetukan negara Malaysia pada hari ini. Parlimen akan terus menjadi simbol kemerdekaan dan perpaduan negara. Sebagai rakyat yang benar-benar menghayati ruh kemerdekaan, maka pastikan diri anda, orang sekeliling dan institusi rakyat Parlimen akan terus kekal merdeka bagi memastikan kemerdekaan terus disyukuri dan kekal berpanjangan.
* Jufitri Joha merupakan Felo Utama Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Jufitri Joha
Tue Sep 20 2022
![Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661927711_HariKebangsaanpen.jpg)
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Hari Kebangsaan: Abang bomba tetap jadi perhatian, bawa plakad buat penonton 'merah pipi' Hari Kebangsaan: Abang bomba tetap jadi perhatian, bawa plakad buat penonton 'merah pipi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693460531_harikemerdekaan.jpg)
Hari Kebangsaan: Abang bomba tetap jadi perhatian, bawa plakad buat penonton 'merah pipi'
Kontinjen ini menerima sorakan paling gemuruh penonton yang menyaksikan secara langsung di Dataran Putrajaya.
![Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692777628_TanjakJalurGemilang.jpg)
Pengusaha butik pengantin hasilkan tanjak Jalur Gemilang
Seorang pengusaha butik pengantin dari Kampung Pondok, di Kangar, menghasilkan tanjak Jalur Gemilang khusus buat bayi dan kanak-kanak.
![Kibar Jalur Gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara - Anwar Kibar Jalur Gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692681385_AnwarIbrahim.jpg)
Kibar Jalur Gemilang pamer kesetiaan, cinta pada negara - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan.
![Kami macam kain buruk, veteran ATM harap nasib mereka dibela Kami macam kain buruk, veteran ATM harap nasib mereka dibela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598074576_DUNSLIM.jpg)
"Kami macam kain buruk", veteran ATM harap nasib mereka dibela
"Kami bukan minta dihargai atau disanjung, cuma faham kami berkhidmat tanpa mengira waktu kan masa kami berkhidmat."
![Kanak-kanak antara lima maut dalam insiden tembakan di Chicago Kanak-kanak antara lima maut dalam insiden tembakan di Chicago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71593990831_Chicagoshot.jpg)
Kanak-kanak antara lima maut dalam insiden tembakan di Chicago
Seorang kanak-kanak perempuan antara lima terbunuh dalam insiden tembakan di Chicago semasa hari kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).
![Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566772720_MohamedSharifKalam.jpg)
Tidak kenal sejarah buat orang muda jiwa kosong
Ada generasi muda kurang memahami kerana tidak berada di zaman kesusahan dan tidak pernah rasa perit jerih untuk mencapai kemerdekaan.
![Percayalah pada Malaysia: Presiden MCA bawa dwi-watak dalam mesej Hari Kebangsaan Percayalah pada Malaysia: Presiden MCA bawa dwi-watak dalam mesej Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/51504086927_LiowTiongLaiCITIZENS.jpg)
Percayalah pada Malaysia: Presiden MCA bawa dwi-watak dalam mesej Hari Kebangsaan
Percayalah pada Malaysia, seru Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam video yang ditampil oleh beliau, 'Citizens'.
![Kerajaan digesa batal konsert Merdeka, elak bertembung Bersih 4.0 Kerajaan digesa batal konsert Merdeka, elak bertembung Bersih 4.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440235659_SHAMSULANUARNASARAH.jpg)
Kerajaan digesa batal konsert Merdeka, elak bertembung Bersih 4.0
Shamsul Anuar menggesa kerajaan membatalkan acara konsert kemerdekaan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku jika perhimpunan Bersih 4.0 diadakan pada waktu yang sama.