PERKATAAN “integriti” dalam bahasa Melayu dipinjam daripada perkataan “integrity” dalam bahasa Inggeris yang mempunyai makna generic “the quality of being honest and having strong moral principles”. Pengertian utama ini yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai “sifat amanah dan berpegang pada prinsip moral yang kukuh” boleh diperluaskan kepada sifat jati diri yang merangkumi beberapa aspek positif perwatakan termasuk bertanggungjawab, telus, boleh dipercayai, jujur dan berterus terang.
Benih perwatakan yang baik disemai dalam rumahtangga dan ekosistem sosio-budaya komuniti di mana terdapat ramai ahlinya yang berpegang pada prinsip hidup mulia yang terkandung dalam sistem nilai budaya mereka. Agama dan budaya lazimnya memimpin manusia mengharungi perjalanan hidup berlandaskan nilai moral dan etika yang tinggi.
Persoalannya, mengapa terdapat kerongakan dalam sistem nilai sehingga menjadikannya rosak dan racun seperti barah mulut yang sukar diubati?
Mengapa negara dan rakyat yang sangka mereka maju dan handal tidak dapat memupuk integriti yang tinggi dalam mencapai kebahagian hidup dan kemakmuran negara?
Baru-baru ini Pelan Anti-Rasuah Nasional 2019-2023 dilancar secara formal, di mana Perdana Menteri dan barisan tertinggi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional menjanjikan penghapusan gejala rasuah pada peringkat-peringkat tertentu dalam tempoh yang dikenalpasti.
Pelan retrospektif kepada manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang bermula dengan pendedahan skandal kewangan 1MDB, penangkapan dan pendakwaan mereka yang terlibat termasuk bekas Perdana Menteri kerajaan Barisan Nasional yang lalu, jelas menunjukkan keseriusan kerajaan baharu menunaikan janji-janjinya dengan serta merta.
Sebenarnya, usaha memerangi rasuah dan membina governans serta nilai integriti sudah lama diselenggarakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia. Keluhan pengkritik dalaman dan luaran yang sering didengar ialah “There’s no political will”, iaitu tiada hasrat atau sokongan padu di kalangan pemimpin politik untuk membendung rasuah. Pengertian yang lain memberi mandat kepada rakyat sendiri untuk melakukannya, iaitu menerusi “political will of the people”.
Walaupun agensi-agensi tersebut serius dalam merealisasi rancangan dan kerja-kerja penyelidikan serta siasatan masing-masing, apabila sampai ke meja orang-orang tertentu, kertas cadangan dan penyiasatan tidak diambil tindakan.
Sebagai ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah selama dua penggal, saya melihat dan mendengar sendiri laporan bulanan Ketua Pesuruhjaya dan barisan tertinggi SPRM tentang langkah-langkah yang diambil oleh pasukan-pasukan mereka dengan begitu giat. Malangnya sebahagian usaha gigih ini tidak kesampaian kerana orang atasan kerajaan tidak mahu mempraktikkan “legal dan political will” yang seharusnya didukung oleh mereka dengan penuh integriti.
Institut Integriti Malaysia pula tidak putus-putus menjalankan program dan aktiviti yang dikenalpasti dalam Pelan Integriti Nasional di mana aspek-aspek governans, integriti dan anti-rasuah diberi penekanan kuat dengan penubuhan unit integriti di merata-rata kementerian, pejabat dan agensi awam dan swasta. Pada tahap komuniti pula sekolah, institusi pengajian tinggi, NGO dan masyarakat sivil disasar untuk mendapat pendedahan serta pengetahuan tentang cara memperkukuhkan integriti di khalayak ramai.
Pada masa lalu, memang banyak ikan-bilis atau pelaku rasuah kecil berjaya diheret ke mahkamah tetapi pengkritik-pengkrikit resah hendak melihat ikan-ikan besar dan jerung didakwa dan dihukum.
Gah! Kini sudah dapat ditangkap pelaku rasuah yang besar-besar.
Persoalannya, adakah mahkamah-mahkamah negara dan barisan pendakwa mampu mendedahkan bukti dan saksi yang berintegriti serta argument-argumen yang sah? Adakah para hakim dapat menurunkan peghakiman yang adil dan seimbang berasaskan prosiding undang-undang yang bakal mengambil masa yang lama dengan pemeriksaan dan permeriksaan balas yang bertubi-tubi? Mungkin pula bukti dan saksi baharu akan muncul.
Persoalannya, mungkinkah berlaku keadilan dalam perjalanan mahkamah jika jerung terbesar serta saksi-saksi utama belum lagi dijumpa dan tidak dapat diheret bersama?
Selain kes gergasi 1MDB, terdapat banyak lagi penyiasatan terhadap agensi-agensi penting seperti FELDA, MARA dan TABUNG HAJI, tiga agensi kerajaan yang ditubuh untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Termasuk juga bank dan agensi kewangan yang lain. Di agensi-agensi tersebut dikatakan banyak berlaku penyelewengan kewangan yang membuktikan pegawai-pegawai mereka tidak mempunyai nilai governans dan integriti.
Rata-rata, penyiasatan menunjukkan ramai profesional dan ahli politik Melayu terlibat dalam jenayah kewangan. Mengapa ini berlaku sedangkan agama Islam dan nilai-nilai Islam memainkan peranan utama dalam hidup kita semua?
Di manakah terletaknya pegangan kuat orang Melayu-Islam jika bukan pada nilai-nilai integriti seperti boleh dipercayai, telus, jujur dan bertanggung jawab? Mengapa sebaliknya mereka didapati lemah nafsu dan sanggup makan suap dan menerima rasuah? Siapakah yang suka menyuap mereka?
Jika para cendekiawan dan ulama tidak menangani isu keruntuhan akhlak yang ada kaitan dengan ketidaksempurnaan pengajaran agama di rumah dan di dalam komuniti, masyarakat Melayu-Islam akan dipandang serung dan dilabel sebagai masyarakat korup.
Untuk memastikan Pelan Anti-Rasuah Nasional benar-benar berjaya membersihkan negara daripada gejala rasuah, mesti diadakan kempen besar-besaran yang mensasarkan setiap lapisan masyarakat dan memperingatkan awam bahawa “political will of the people” perlu untuk memerangi rasuah dan membentuk semula nilai-nilai governans dan integriti.
Pada peringkat barisan kepimpinan kerajaan, perlu ada “political courage” atau keberanian mencabut gigi-gigi yang rongak dan racun supaya barah masyarakat yang dahsyat ini tidak boleh merebak lagi. Tanpa keberanian, hasrat dan cita-cita manusia, malah kerajaan tidak akan tercapai.
Jika ada sesiapa dalam barisan kepimpinan negara yang tidak berintegriti dan sanggup menipu tentang hal–hal peribadi seperti kelayakan akademik dan harta keluarga, mereka tidak harus dibela atau dimaafkan. Rakyat sentiasa memandang ke atas dan mencotohi perbuatan pemimpin dan idola mereka.
*Datuk Halimah Mohd Said asalah Presiden Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
**Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Halimah Mohd Said
Sun Feb 17 2019
Di manakah terletaknya pegangan kuat orang Melayu-Islam jika bukan pada nilai-nilai integriti seperti boleh dipercayai, telus, jujur dan bertanggung jawab?
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Mencapai keharmonian masyarakat
Lirik lagu ini sungguh bermakna. Ungkapan katanya amat merangsang. Sukukata dan rentaknya bersinkroni; iramanya harmoni.
Mengupas soal integriti
Persoalannya, mengapa terdapat kerongakan dalam sistem nilai sehingga menjadikannya rosak dan racun seperti barah mulut yang sukar diubati?