awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Hubungan Malaysia-China kembali normal

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
22/04/2019
22:00 MYT
Menjelang Setahun Malaysia Baharu: Hubungan Malaysia-China kembali normal
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hasil lawatan dan rundingan kali pertama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China berjaya mewujudkan persefahaman antara kedua negara.
Hubungan Malaysia-China kembali normal selepas berjaya menyelesaikan perjanjian Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan projek Bandar Malaysia.
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia merupakan antara kejayaan dilakukan kementeriannya dalam masa setahun ditadbir di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Hubungan diplomatik, saya kira hubungan bilateral kita yang penting tentulah dengan semua negara penting. Pertama dengan China, lawatan Perdana Menteri ke China tahun lalu berjaya tetapi saya kira kali ini apabila Perdana Menteri menghadiri Forum Belt and Road Initiative (BRI), pada hujung April saya kira hubungan antara Beijing dengan KL boleh dikatakan normal seperti sedia kala kerana kita telah berjaya menyelesaikan dua isu yang sangat penting iaitu ECRL dan Bandar Malaysia," katanya pada sidang media pada Isnin.
Malah katanya, negara republik itu turut bersetuju untuk menambah jumlah pembelian kelapa sawit negara.
"Hubungan Malaysia-China ada sedikit gangguan sebab kita beku dan runding balik (projek). Lawatan Perdana Menteri tahun lalu, Tun Dr. mahathir menjelaskan kedudukan dan menerangkan sebab projek dibatalkan dan dirunding semula. Kerajaan negara China dirasakan memahami. Sebab itu beberapa projek dirunding semula dan China menambah jumlah pembelian sawit. ECRL dan Bandar Malaysia diselesaikan dan reaksi ahli perniagaan adalah baik," tambahnya.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan bahawa projek ECRL akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion.
Pada masa sama, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia diberhentikan pada Mei 2017.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#Diplomatic
#kerajaan
#Kuala Lumpur
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Pakatan Harapan
#Pantai Timur
#Perdana Menteri
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan