awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjelang Syawal: Jangan parkir kereta di bahu jalan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/04/2022
22:00 MYT
Menjelang Syawal: Jangan parkir kereta di bahu jalan
Kesesakan diramal makin parah apabila kumpulan perantau mula pulang minggu ini. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini memberi ingatan kepada rakyatnya supaya tidak menunggu dan memakir kenderaan di bahu jalan dalam bandar Kota Bharu bermula minggu ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, dengan jangkaan kenderaan yang meningkat sepanjang minggu ini, tindakan itu boleh menambahkan lagi kesesakan di jalan utama dalam kawasan bandar Kota Bharu.
"Memohon kerjasama daripada semua pengguna jalan raya yang akan memasuki bandar kerana kita dilaporkan oleh pihak polis hampir 2 juta kenderaan dijangka keluar masuk ke Kelantan.
"Jadi saya telah minta kerjasama dari pihak polis dan penguatkuasa di kawasan beli-belah dan pasar di jalan utama supaya tiada kenderaan menunggu yang menyebabkan jalan jalan jadi sempit dan kalau hantar keluarga untuk beli-belah mereka boleh turunkan mereka sahaja," katanya.
Rosnazli berkata, jalan utama dan jalan bandaran mulai sesak bermula minggu ini kerana rakyat Kelantan mulai keluar mencari barangan untuk persiapan hari raya.
Kesesakan diramal makin parah apabila kumpulan perantau mula pulang minggu ini. - Astro AWANI
Kesesakan diramal makin parah apabila kumpulan perantau mula pulang minggu ini. - Astro AWANI
Kesesakan diramal makin parah apabila kumpulan perantau mula pulang minggu ini.
Jalan-jalan menuju ke pasar raya, pusat membeli-belah dan pasar awam antara lokasi yang mengalami kesesakan teruk.
Topic Berkaitan
#trafik
#sesak
#Aidilfitri
#bahu jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan