awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Agama jalani pembedahan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/03/2024
23:40 MYT
Menteri Agama jalani pembedahan
Mohd Na'im akan menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.
PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na'im Mokhtar akan menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.
Menerusi hantaran di laman X, Mohd Naim berkata, prosedur berkenaan dijangka berlangsung pada jam 8 pagi ini.
"Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini," katanya pada Khamis.
Pada hantaran sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.
"Mohon kepada sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan hari ini dan keafiatan saya selepas ini untuk terus beribadah serta melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," ujar Mohd Na'im.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menggandakan amal ibadah sempena Nuzul Quran.
"Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyakndumbangan khususnya kepada saudara kita di Palestin.
"Semoga ALLAH SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Menteri Agama
#Mohd Na'im Mokhtar
#Mohd Na'im jalani pembedahan
#kelenjar air liur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan