awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri arah siasat insiden tayar pesawat Malaysia Airlines kempis

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
03/05/2017
06:27 MYT
Menteri arah siasat insiden tayar pesawat Malaysia Airlines kempis
Dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Selasa.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menyiasat segera insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami masalah tayar kempis semalam.
"Saya telah arahkan pihak DCA menyiasat dan menghantar laporan Lengkap mengenai insiden tersebut.
"Kita tidak boleh berkompromi dengan hal membabitkan pesawat penerbangan dan insiden itu tidak Sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tambah beliau, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk membabitkan aspek teknikal.
Ia turut melibatkan faktor tayar pesawat itu, keadaan landasan dan juga penyelenggaraan terhadap pesawat.
Semalam, dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
BACA: Tayar pesawat Malaysia Airlines kempis selepas mendarat di KLIA
Insiden pada 7.13 pagi itu membabitkan pesawat Boeing 738 menyebabkan Landasan 2 di KLIA ditutup.
Topic Berkaitan
#DCA
#Liow Tiong Lai
#Malaysia Airlines
#Menteri Pengangkutan
#Siasat
#tayar kempis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan