awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq

Fareez Azman
Fareez Azman
18/07/2023
05:34 MYT
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Anwar berkata, kenyataannya sebelum ini berdasarkan prestasi menteri Kabinet yang dipantau rapi oleh agensi penguat kuasa. - Gambar fail
SABAK BERNAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Jelasnya, kenyataan itu berdasarkan prestasi menteri Kabinet yang dipantau rapi oleh agensi penguat kuasa.
"Syed Saddiq perlu teliti ucapan saya, lapan bulan saya jadi Perdana Menteri dan saya ikuti laporan masa ke semasa dari PDRM (Polis Diraja Malaysia), LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) terutamanya.
"Saya puas hati, alhamdulilah tidak ada kes menjejaskan integriti," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Sentuhan Agro Madani peringkat negeri Selangor di Sekinchan pada Selasa.
Tambah Anwar lagi, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang juga Ahli Parlimen Muar itu sebaliknya perlu memberi perhatian kepada kes-kes rasuah melibatkan jumlah berbilion ringgit.
"Saya nasihatkan kita tumpu orang sakau wang berbilion ringgit ini, yang nampak tersembunyi... dok melalak ke sana ke sini mereka ni (kononnya) pertahankan Melayu dan Islam... itu patut kita jaga.
"Tanggungjawab saya dalam Kerajaan Madani menjaga... jangan ada amalan sakau.
"Jadi laporan (kenyataan) saya itu berdasarkan prestasi lapan bulan yang dipantau rapi agensi penguatkuasaan tanpa mengira kedudukan dan parti termasuk parti kerajaan," katanya lagi.
Sebelum ini, Syed Saddiq dalam satu sidang media khas pada Isnin mempersoal kenyataan Perdana Menteri itu bahawa tidak ada seorangpun menteri dalam Kabinet yang dipimpin Anwar terpalit dengan rasuah.
Syed Saddiq berkata, kenyataan itu membimbangkan serta bahaya kerana akan menimbulkan persepsi bahawa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan ada kes-kes berkaitan rasuah berskala besar akan digugurkan.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Anwar Ibrahim
#Rasuah
#menteri Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan