awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Ekonomi bukan 'Santa Claus' - Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2023
11:04 MYT
Menteri Ekonomi bukan 'Santa Claus' - Rafizi
Rafizi berkata, beliau telah diamanahkan untuk memperbetulkan struktur ekonomi negara yang telah tersasar akibat amalan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Tugas Menteri Ekonomi bukan menjadi ‘Santa Claus’ yang membawa hadiah percuma kepada rakyat sebaliknya memperbetulkan semula ekonomi Malaysia ke landasan pertumbuhan mampan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, rakyat sudah terbiasa dengan amalan pengumuman projek atau buah tangan sebagai bukti wujud perancangan ekonomi daripada pihak kerajaan.
“Beberapa minggu lalu, kecoh isu rombakan Jemaah Menteri. Saya tahu satu harapan penyokong pembangkang ialah melihat orang lain menjadi Menteri Ekonomi, supaya mereka dapat mencanangkan kegagalan reformasi ekonomi negara.
“Inilah isu yang dimainkan sejak setahun lalu, konon ekonomi telah tenat dan merudum. Dalam beberapa bulan pertama, mereka memainkan isu ‘tiada apa-apa’ untuk membayangkan menteri dan kerajaan 'tidak ada apa-apa',” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial X pada Jumaat.
Ahli Parlimen Pandan memberitahu, beliau telah diamanahkan untuk memperbetulkan struktur ekonomi negara yang telah tersasar akibat amalan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.
Dalam pada itu, Rafizi turut mendakwa, terdapat lima amalan yang kerajaan dahulu gagal selesaikan antaranya, subsidi pukal, berhutang, pergantungan kepada pekerja asing, perangkap ekonomi nilai rendah dan pertumbuhan gaji pekerja tidak selari dengan kenaikan harga barang.
Beliau berkata, amalan subsidi pukal yang diberikan tanpa mengira kaya atau miskin, pelancong dan pekerja asing telah menyebabkan tanggungan kos mencecah sekitar RM80 bilion setahun.
“Seterusnya, amalan berhutang dan menggagau apa-apa tabung yang ada asalkan kerajaan pada ketika itu boleh dilambung seperti 'Santa Claus'.
“Defisit yang berterusan tinggi, dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang diambil tinggi setiap tahun, membelanjakan tabung amanah rakyat tanpa ada rancangan untuk mengurangkan hutang negara,” ujarnya.
Justeru, beliau memaklumkan, kini merupakan masa yang tepat untuk memberi fokus kepada reformasi ekonomi jangka sederhana dan panjang.
“Menteri akan datang dan pergi, kami berkhidmat atas peluang yang diberikan rakyat dan ditentukan Allah SWT.
“Amanah saya sebagai seorang menteri adalah untuk membantu mengeluarkan Malaysia dari jerat-jerat struktur ekonomi yang dibiarkan menjalar sebelum ini. Agar mereka yang datang selepas saya tidak perlu bergelumang seperti sekarang,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Menteri Ekonomi
#Santa Claus
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan