awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi

Bernama
Bernama
04/02/2026
20:30 MYT
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
Syed Hussain menegaskan. tenaga buruh asing kekal sebagai sumber penting kepada ekonomi negara, khususnya dalam sektor yang masih kurang penyertaan tenaga kerja tempatan. - Gambar fail/MEF
KUALA LUMPUR: Inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan laluan baharu yang membolehkan majikan Malaysia menggaji pekerja asing secara terus, langkah yang dilihat penting bagi membendung kos pengambilan berlebihan, isu ketelusan serta mengelak eksploitasi pekerja asing oleh pihak perantara.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata perbincangan dengan beberapa kedutaan asing menunjukkan persetujuan meluas terhadap keperluan rangka kerja pengambilan pekerja yang mengurangkan kos tidak perlu, menyingkirkan orang tengah, dan memastikan pekerja memahami serta bersetuju dengan terma pekerjaan sebelum tiba di Malaysia.
Beliau menegaskan tenaga buruh asing kekal sebagai sumber penting kepada ekonomi negara, khususnya dalam sektor yang masih kurang penyertaan tenaga kerja tempatan.
"MEF yakin model kerajaan-ke-kerajaan yang dicadangkan, disokong teknologi termasuk pengesahan digital dan mekanisme pembayaran selamat, mampu meningkatkan tadbir urus buruh negara jika dilaksanakan secara konsisten dan melalui perundingan bersama pihak berkepentingan.
"MEF bersedia bekerjasama rapat dengan KESUMA, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkaitan bagi memastikan inisiatif ini mampan, telus dan selari dengan amalan terbaik antarabangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Syed Hussain juga memuji Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan atas kepimpinan proaktif dalam menangani cabaran majikan dan pekerja asing.
Beliau berkata MEF menyokong agar semua hal berkaitan buruh berada di bawah KESUMA, manakala keperluan imigresen kekal di bawah bidang kuasa KDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#MEF
#pekerja asing
#eksploitasi pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan