PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diminta mempertimbangkan agar pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sedia ada dalam tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas yang tamat pada Mac ini, dilanjutkan untuk satu tempoh masa yang bersesuaian.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dalam kenyataan semalam berkata beliau telah berbincang dengan Saifuddin Nasution untuk membuat pertimbangan tersebut.
"Kerajaan Perpaduan prihatin dengan permintaan majikan tempatan untuk pembukaan semula subsektor tekstil, tukang gunting dan tukang emas bagi penggajian pekerja asing.
"Ketiga-tiga sub sektor itu telah dibekukan sejak 2009 dan ditutup sepenuhnya bagi penggajian pekerja asing sejak tahun 2019," katanya.
Sivakumar berkata terdapat proses yang perlu diikuti apabila ia berkait sebarang dasar kerajaan mengenai penggajian pekerja asing dan ia perlu dibawa ke peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Berkaitan Pengurusan Pekerja Asing terlebih dahulu.
"Sebarang syor daripada mesyuarat Jawatankuasa Bersama ini kemudiannya akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum pengumuman mengenai pembukaan semula ketiga-tiga sektor ini dapat dilaksanakan," katanya.
Menurutnya sebarang dasar kerajaan berkaitan penggajian pekerja asing termasuk pembekuan atau pembukaan semula sesuatu sektor atau subsektor juga akan mengambil kira situasi semasa serta keperluan sebenar majikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Sivakumar berkata terdapat proses yang perlu diikuti apabila ia berkait sebarang dasar kerajaan mengenai penggajian pekerja asing. - Foto fail BERNAMA

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Penyanyi legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto meninggal dunia
Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

Pekebun buah-buahan perlu berani lakukan transformasi
Pengusaha kebun buah-buahan di Melaka khususnya di Klebang perlu berani mentransformasikan kaedah pengurusan kebun mereka agar dapat memperoleh hasil pengeluaran yang lebih tinggi.

Siasatan rasuah: Menteri Sumber Manusia sahkan lima pegawainya dipecat
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah ditamatkan perkhidmatan.

Rasuah pekerja asing: LLRC gesa kerajaan tubuh RCI
Siasatan perlu dilakukan terhadap syarikat yang terlibat dalam sistem pengurusan, penyedia perkhidmatan dan agensi pengambilan pekerja asing.

PN desak Sivakumar direhatkan daripada tugas rasmi
Khairil Nizam berkata, siasatan terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak melibatkan Sivakumar.

Isu rasuah: Anwar, Majlis Presiden PH digesa tunjuk teladan baik terutama libatkan 'orang sendiri'
Anwar Ibrahim dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) digesa menunjukkan teladan baik serta mengotakan janji dalam menangani rasuah apabila isu itu melibatkan 'orang sendiri'.

Isu pekerja asing: SPRM rakam percakapan Sivakumar kali kedua pada Isnin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada memanggil semula Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Isnin lalu.

Penyelia syarikat didakwa perdaya pengambilan pekerja asing
Seorang penyelia syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan memperdayakan seorang mangsa berhubung pengambilan pekerja asing yang melibatkan kerugian hampir RM200,000.

Sivakumar dipanggil ke SPRM
Sumber berkata, Sivakumar dipercayai hadir ke pejabat SPRM kira-kira jam 10 pagi tadi.

'Setakat ini saya tidak dipanggil SPRM' - Sivakumar
Sivakumar berkata beliau akan memberikan kerjasama termasuk memberikan kenyataan sekiranya diminta oleh pihak SPRM.

Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.