awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kesihatan nafi infografik tular 'lockdown' pada Isnin

Bernama
Bernama
15/03/2020
16:42 MYT
Menteri Kesihatan nafi infografik tular 'lockdown' pada Isnin
Datuk Seri Dr Adham Baba, dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, berkata penyebaran infografik mengenai 'lockdown' di negara ini esok adalah palsu.
Kementerian Kesihatan menafikan mesej yang tular dalam media sosial hari ini bahawa Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) esok ekoran penularan COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, dalam sebuah hantaran menerusi akaun Facebook rasminya, berkata penyebaran infografik mengenai 'lockdown' di negara ini esok adalah palsu.
"Tiada sebarang perintah 'lockdown' buat masa ini. Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini," katanya.
Sejak petang tadi, tular satu infografik yang dikongsi netizen melalui Facebook dan Whatsapp dengan tanda pagar #Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020, 8 hingga 10 pm.
Infografik itu juga menyebut COVID-19 Hour dengan mengandungi beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.
BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428
Ia juga menyuruh rakyat Malaysia supaya berada di kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, dalam hantaran yang sama, Dr Adham menggesa rakyat Malaysia mematuhi nasihat kesihatan dan penjarakkan sosial satu meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan.
Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Adham Baba
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#lockdown
#Menteri Kesihatan
#mesej tular
#perintah sekatan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan