PUTRAJAYA: Seorang menteri Kabinet bimbang dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di Presint 3 di sini, apabila melihat sendiri kebanjiran pengunjung ketika beliau hadir untuk melancarkan program kementeriannya di bazar berkenaan hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang tiba di tapak bazar Ramadan berkenaan pada kira-kira 6 petang untuk melancarkan Ops Pantau berkata, beliau kurang puas hati dengan pematuhan SOP yang dipamerkan pengunjung yang ramai di bazar itu.
"Saya baru sampai sini tapi nampaknya ramai orang dah sesak. Ada yang berdiri tunggu masuk juga, sesak macam tak berapa ada SOP. Saya kurang puas hati, tapi kita harap selepas ini lebih ramai akan patuh SOP," katanya kepada pemberita sebaik tiba di bazar itu untuk melancarkan Ops Pantau.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terdahulu berkunjung ke bazar Ramadan itu pada kira-kira 5 petang bagi meninjau keadaan peniaga dan kepatuhan orang ramai kepada SOP, serta membeli juadah berbuka puasa.
Semasa kunjungan Muhyiddin itu, pengunjung tidak begitu ramai dan para pengunjung juga dilihat menjaga penjarakan.
Mengenai Ops Pantau Nanta berkata, ia bertujuan membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas harga dan bekalan barangan pada bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri.
"Ia akan dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara, dengan lokasi tumpuan seperti bazar Ramadan, pasar awam dan pasar basah, hypermarket serta kedai runcit, sepanjang musim perayaan ini.
"Ops Pantau juga akan menumpukan pemeriksaan berkaitan jualan murah, penjualan barangan tiruan, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan," katanya.
Nanta berkata penguatkuasaan itu juga bertujuan, memastikan rakyat mudah mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian pada harga berpatutan.
Mengenai laporan harga ayam yang naik mendadak, Nanta berkata pihaknya mendapati memang terdapat kenaikan harga sedikit, namun masih dalam kawalan.
Media hari ini melaporkan harga ayam naik mendadak buat masa ini dengan harga RM9.50 sekilogram (kg) berbanding RM8 kg sebelum Ramadan.
Nanta turut menyarankan pengguna dan peniaga untuk mengajukan aduan rasmi kepada KPDNHEP, sekiranya mendapati ada harga barangan yang naik mendadak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021
Nanta berkata, beliau kurang puas hati dengan pematuhan SOP yang dipamerkan pengunjung yang ramai di bazar itu. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.