SELESAI sudah pilihan raya, mulalah proses "memilih bulu". Kalau waktu berkempen calon bersungguh-sungguh mendekati pengundi, lepas menang, mereka pula yang diburu.
Sebaik senarai kabinet baru diumum, saya pasti semua Pak-pak Menteri dan Timbalan Menteri yang baru menerima ucapan tahniah, terutama di laman sosial.
Tidak kurang juga ada yang senyap-senyap menghantar SMS kepada barisan kabinet baru.
Tujuan mereka sudah tentu ingin mengucap tahniah atas kejayaan yang diraih. Tidak kurang juga yang ada berniat lain; bak kata orang, ada udang di sebalik batu. Masakan tidak, sewaktu berkempen segala kudrat ditabur demi menentukan kejayaan parti dan calon.
Bukan mahu memperlekeh atau memperkecilkan usaha pak cik dan mak cik di kampung tetapi pasti terdapat segelintir yang mengharapkan pulangan di penghujung perjuangan.
Jika diukur jumlah ucapan tahniah yang diterima di laman sosial, Menteri Belia dan Sukan yang baru mendapat ucapan tahniah paling banyak.
Tidak bersetuju?
Pergi saja ke laman twitter dan tulis nama Khairy Jamaluddin di ruang pencarian dan lihat berapa banyak “mention” yang beliau terima.
Perwatakan dan karisma yang dimilik Papa kepada Cougar dan Puma (lihat twitter @khairykj) itu mungkin antara faktor beliau dikagumi pelbagai lapisan masyarakat.
Tidak salah rasanya kalau saya kata lagu "Rembau Most Wanted" sinonim dengan figura ini.
Apa-apa pun pastinya semua mereka mengharapkan barisan kabinet baru ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik.
Perdana Menteri kali ini menampilkan lapan muka baru dalam kabinetnya yang dinaikkan pangkat menjadi menteri buat kali pertama; menggalas cabaran memacu agenda transformasi negara.
Pastinya mereka ini memerlukan pandangan dan pendapat orang ramai bagaimana sesebuah kementerian itu dapat memainkan peranan dengan baik.
Dan pada ketika inilah pelbagai pihak akan mula menunjukkan sokongan atau menyanjung tinggi kebolehan mereka menerajui sesebuah kementerian.
Namun ada suara sumbang yang mengatakan kemasukkan ramai muka-muka baru ini juga bermakna mereka membawa masuk "kabel" ataupun kroni masing-masing.
Mungkin ada benarnya perkara itu. Sedangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata tidak ada istilah kroni dalam politik atau pemberian projek tetapi hanya memberikan sesuatu kepada pihak yang mereka percayai.
Tetapi apa jadi kepada Menteri yang digugur?
Mereka yang pada satu masa dahulu pernah menerajui kementerian dilupakan dan senyap begitu sahaja.
Paling tidak pun mereka dilantik menjadi pengerusi badan-badan tertentu sebagai menghargai jasa mereka sebelum ini.
Itu fenomena biasa tapi yang mungkin kita kurang ambil perhatian adalah tindakan menghimpit atau menyucuk jarum.
Sebut sahaja golongan mana, politikus, usahawan, ahli sukan, karyawan malah artis semuanya pasti sudah mula mengatur strategi untuk mendekati menteri-menteri baru ini.
Pengamal media juga tidak terkecuali. Ada yang gembira kerana menteri yang mempunyai hubungan akrab dengan mereka diangkat menjadi menteri penuh.
Tidak kurang juga yang kecewa kerana "Godfather" mereka tidak terpilih.
Anda ada menteri "Godfather" ?
Hakim Rahman
Sun May 19 2013
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.