Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sikap malas yang ditujukan kepada Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan itu turut didedikasi kepada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.
"Masih belum terbela. Ada orang 'posting' pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.
"Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
Catatan di laman Facebook Dr Mohd Puad yang mengatakan Menteri serta Timbalan Menteri Pendidikan malas menjadi punca ada sekolah yang masih daif di pedalaman - Sumber gambar Facebook
Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah selain merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.
Bandar ini terletak bersempadan dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah.
Keningau terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau di mana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.
BACA: Jasa atur strategi 'serang', tangkis persepsi negatif termasuk pandangan Tun M
Selain itu kata Dr Mohd Puad, keadaan asrama dan rumah guru di pedalaman juga masih dikira masih daif dan tidak menerima tempias kemajuan sepatutmya.
"Sepatutnya bila Muhyiddin jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Turunlah ke bawah! Jangan banggakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kalau 'level playing field' masih tidak sama," jelasnya.
Dr Mohd Puad pernah berjalan kaki selama lapan jam untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Saliliran di Sabah semasa menjadi Timbalan Menteri Pelajaran - Sumber gambar Dr Mohd Puad
Dalam pada itu, Dr Mohd Puad berkata, banyak perubahan yang dilakukan semasa dia menjadi Timbalan Menteri Pelajaran sebelum ini.
"Sebagai contoh saya terpaksa berjalan kaki selama lapan jam di dalam hutan untuk sampai ke Sekolah Kebangsaan Saliliran Sabah. Mula jam 4 petang dari hutan Sinapa dan sampai jam 11.50 malam.
"Itu yang patut diteruskan oleh kepimpinan di KPM. Saya sampai di semua PPD Sabah dan Sarawak. Banyak yang telah dan belum sempat dilakukan. Kenapa tidak teruskan?
"Memang mencabar termasuk terpaksa tidur di rumah panjang. Tetapi selagi menteri tidak turun, pegawai pun tidak akan turun.
Ada orang 'post' gambar tersebut dalam Facebook saya kerana mungkin saya pernah jadi Timbalan Menteri dulu. Maka tidak salah saya masukkan balik dalam FB saya dan minta diambil tindakan," jelasnya.
Ada penduduk kampung di pedalaman Sarawak yang memintanya meletak tangan di atas bancuhan simen sebagai bukti timbalan menteri pertama yang sampai di sekolah kawasan berkenaan - Sumber gambar Dr Mohd Puad
Selain itu ujarnya, antara kenangannya adalah permintaan orang kampung di sebuah sekolah pedalaman di Sarawak yang membancuh simen dan memintanya meletakkan tapak tangan di atas simen sebagai tanda ingatan.
"Saya adalah timbalan menteri pertama sampai ke sekolah berkenaan. Jadi pihak berkenaan harus menerima secara positif dalam keadaan jika mahu kerajaan yang ada kredibiliti," katanya.
Mohd Puad Zarkashi merupakan seorang bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 2004, bekas Timbalan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah Jasa pada 2015.
Wan Syamsul Amly
Fri May 22 2015
DR MOHD PUAD: 'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
'Negara ada 537 pensyarah lulusan universiti terkemuka luar negara' - Idris
Sejumlah 537 pensyarah yang berkhidmat di universiti awam di negara ini berkelulusan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada 20 universiti terkemuka dunia.
'Menteri Pendidikan jangan malas tinjau sekolah pedalaman' - Dr Mohd Puad
Sikap malas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan punca sekolah di Keningau, Sabah serta beberapa lagi sekolah pedalaman masih berada dalam keadaan daif.
Beri Najib peluang memimpin negara - Idris
Semua pihak perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara yang kini berdepan situasi ekonomi tidak menentu.
170,000 peminjam PTPTN boleh bincang, elak nama masuk CCRIS - Idris
Sebanyak 170,000 peminjam PTPTN diberi peluang berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Sistem pengendalian kertas soalan peperiksaan ditambah baik - Idris
Kementerian Pendidikan melakukan pembaharuan dalam penambahbaikan terhadap sistem pengendalian kertas soalan peperiksaan bagi membendung kebocoran soalan peperiksaan pada masa depan.
Kementerian cari penyelesaian terbaik isu keputusan percubaan SPM
Kementerian Pendidikan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pelajar menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM bagi memohon kemasukan ke IPTS.
Insiden UPSR bocor memalukan - Muhyiddin
Muhyiddin menyifatkan isu kebocoran soalan kertas UPSR sebagai satu perkara memalukan di sebalik negara dilihat mempunyai sistem pendidikan antara terbaik di dunia.