Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan diberikan kepada pihak polis untuk menyiasat setiap kes ugutan bunuh dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Beliau mengulas tentang kes ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, baru-baru ini.
“Dalam soal ugutan bunuh ni, takde soal main main, tidak ada soal sengaja untuk berjenaka. Jawapan saya ialah ajar dia untuk tidak melalukannya,” kata Zahid.
Zahid berkata walaupun Lim menerima ugutan bunuh, kerja polis perlu ‘buta warna’ dan tidak mengira samada mangsa itu tokoh pembangkang atau tokoh kerajaan.
“Jika ada ugutan bunuh, saya akan berikan perlindungan, saya akan arahkan cpo dan pegawai penyiasat untuk menyiasat,” katanya.
Beliau berkata,siasatan akan dijalankan bagi mempastikan kegiatan dalang yang cuba mencetuskan suasana tidak tenteram di negara ini dapat dibendung.
Menurutnya ,polis memandang serius setiap aduan dari sudut jenayah tanpa mengira fahaman politik dalam usaha membanteras kegiatan jenayah serta budaya kongsi gelap di negara ini
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Koninjen Terengganu di Kuala Terengganu.
Sementara itu, Khalid dilaporkan membuat keputusan untuk memaafkan tindakan lelaki berusia 33 tahun yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadapnya.
Suspek telah dibebaskan hari ini selepas kenyataannya diambil semalam.
"Saya telah semak latar belakang dia dan kita (polis) melihat dia merupakan orang terpelajar, kita juga telah kaji kenapa dia bertindak sedemikian dan sebagainya...mungkin kerana emosi, dia terlepas cakap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada tindakan itu menunjukkan kelonggaran yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau menegaskan: "Kita mahu masyarakat tahu bahawa kita bukan 'gila' sangat hendak menangkap dan tuduh orang".
"Tetapi saya ingatkan dia agar tidak mengulangi perkara sama dan berharap tidak ada yang akan melakukan perkara sama dengan mengeluarkan percakapan atau entry dalam laman sosial yang berunsur ugutan kerana ia boleh disalahertikan pihak lain.
Semalam, lelaki itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras selepas kenyataan ugutan bunuh yang dikeluarkannya terhadap Khalid melalui laman social Facebook tersebar.
Dia didakwa telah mengeluarkan komen itu di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "Can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai tindakan polis yang berjaya menembak mati dua lelaki yang dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.
Astro Awani
Sat Sep 14 2013
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.