awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menu Rahmah dilaksana di R&R PLUS - Nanta

Bernama
Bernama
15/02/2023
13:42 MYT
Menu Rahmah dilaksana di R&R PLUS - Nanta
Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5, akan dilaksanakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS, dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5, akan dilaksanakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS, dalam masa terdekat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan pelaksanaan program yang bakal memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya itu, telah dibincangkan oleh pihak PLUS bersama pengendali gerai makanan di R&R.
"Sebagai tanda sokongan kepada program Menu Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, saya hari ini telah mengusulkan kepada pihak PLUS untuk bersama-sama dengan kerajaan, dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"PLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan ini," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Catatan itu susulan daripada pertemuan beliau bersama kesemua 32 syarikat konsesi serta pihak berkepentingan industri lebuh raya bertol di Malaysia, hari ini.
Nanta berkata perancangan lebih konkrit akan disediakan pihak PLUS berhubung pelaksanaan program Menu Rahmah itu.
Dalam pada itu, Nanta berkata beliau menggunakan kesempatan daripada pertemuan itu, untuk maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya atau Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Beliau berkata secara keseluruhannya semua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF, dengan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna.
"Perkara ini saya akan kongsikan sedikit masa lagi," katanya yang turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menu Rahmah
#Lebuhraya PLUS
#Hentian Rehat dan Rawat
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan